Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

AI mungkin lebih jejas pekerjaan lulusan institut pengajian tinggi, kata pegawai Britain

Kebangkitan kecerdasan buatan (AI) dan kesannya terhadap pekerjaan serta mata pencarian orang ramai, terutamanya mereka dalam kalangan golongan berkemahiran rendah, adalah isu yang sering dibincangkan. 

Anggaran Waktu Membaca:
AI mungkin lebih jejas pekerjaan lulusan institut pengajian tinggi, kata pegawai Britain

(Gambar hiasan: Lionel Lin)

Diterbitkan : 28 Jun 2018 11:05PM Dikemas Kini : 28 Jun 2018 11:07PM

SINGAPURA: Kebangkitan kecerdasan buatan (AI) dan kesannya terhadap pekerjaan serta mata pencarian orang ramai, terutamanya mereka dalam kalangan golongan berkemahiran rendah, adalah isu yang sering dibincangkan. Namun seorang pegawai kerajaan Britain berkata bahawa teknologi mungkin lebih menjejas para graduan.

Profesor Hugh Durrant-Whyte, ketua penasihat saintifik di Kementerian Pertahanan Britain berkata perkembangan AI hari ini menjadikan proses pekerjaan seperti perakaunan dan undang-undang lebih bergantung kepada peralatan automatik.

Itulah perkara-perkara yang diajar kepada para mahasiswa di institusi-institusi peringkat tinggi, yang mungkin paling terjejas oleh kebangkitan teknologi, tambah beliau.

Profesor Durrant-Whyte berkata demikian di sesi pleno Sidang Puncak Teknologi Pertahanan Singapura hari ini (28 Jun).

"Kita bukan kehilangan pekerjaan (kerana diggantikan oleh AI), tetapi berlaku polarisasi dalam pasaran buruh," kata beliau.

Pekerjaan sedang diwujudkan adalah yang memerlukan "kemahiran rendah" seperti penghantaran makanan atau khidmat pembersihan - ia tugas dan kemahiran yang agak sulit untuk diautomasi, jelas beliau.

AI LAPANGKAN MASA UNTUK LAKUKAN KERJA MENARIK

Namun, seorang lagi anggota panel, Pengasas SenseTime Tang Xiao'ou mempunyai pandangan berbeza.

Profesor Tang berkata bahawa pekerjaan yang diambil alih oleh AI "bukanlah pekerjaan yang menarik". Contohnya mesin label produk.

"Para petani sebelum ini melakukan semuanya secara manual sebelum wujudnya mesin. Saya tidak rasa para petani tersebut berasa tidak puas hati (tentang hal yang itu)," tambah beliau.

Dengan AI, masa terluang seorang pekerja, misalnya sekiranya beliau bekas pakar tenis, boleh digunakan untuk melatih anak-anaknya menceburi sukan itu, kata beliau.

"Terdapat pekerjaan-pekerjaan yang diwujudkan," tegas Profesor Tang.

Bagi menangani perkembangan teknologi, Singapura melancarkan Perancangan Perubahan Industri (ITM) bagi sektor khidmat-khidmat karyawan pada bulan Januari tahun ini, di mana ribuan pekerjaaan diadakan bagi golongan Karyawan, Pengurus, Eksekutif dan Teknisyen (PMET) dalam bidang-bidang baru seperti perunding keselamatan siber, jurutera data dan pakar guaman teknologi.

Yang menjadi asas ITM itu adalah inisiatif-inisiatif yang diadakan bagi memacu inovasi dan melengkapkan tenaga kerja dengan kemahiran-kemahiran seperti sains data dan AI dalam tempoh lima hingga 10 tahun mendatang, menurut Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB). 

Sumber : CNA/SM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan