Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ahli letak jawatan, disingkir parti 'bukan isu besar' bagi PSP: Tan Cheng Bock

Setiausaha Agung Parti Kemajuan Singapura (PSP) Tan Cheng Bock pada Khamis (21 Mei) mengulas tentang laporan baru-baru ini mengenai para anggotanya yang meletak jawatan atau disingkir parti, dengan berkata bahawa hal tersebut "bukan isu besar" bagi parti pembangkang yang berusia setahun itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Ahli letak jawatan, disingkir parti 'bukan isu besar' bagi PSP: Tan Cheng Bock

Petikan skrin Dr Tan Cheng Bock sampaikan pesanan menerusi video Facebook

Diterbitkan : 22 May 2020 08:57AM Dikemas Kini : 22 May 2020 09:05AM

SINGAPURA: Setiausaha Agung Parti Kemajuan Singapura (PSP) Tan Cheng Bock pada Khamis (21 Mei) mengulas tentang laporan baru-baru ini mengenai para anggotanya yang meletak jawatan atau disingkir parti, dengan berkata bahawa hal tersebut "bukan isu besar" bagi parti pembangkang yang berusia setahun itu.

Ada orang-orang dengan "ego besar" yang menyertai PSP atas kepentingan diri sendiri dan bukan untuk menyumbang kepada pembangunan Singapura, kata Dr Tan dalam satu sidang video yang disiarkan secara langsung di Facebook pada Khamis malam.

"Saya percaya dalam memberi peluang kepada semua orang untuk menyertai parti kami," kata Dr Tan semasa sidang video itu.

"Namun lama kelamaan, kami sedar bahawa ada yang menjadi anggota dengan menjangkakan apakah yang boleh dilakukan parti ini untuk mereka ... Kami ingin mereka yang menyertai PSP melakukan sesuatu bagi negara dan bukan untuk diri mereka sendiri."

Terdapat laporan mengenai dua ahli yang meletak jawatan dan dua anggota lain disingkir oleh PSP dalam tempoh dua bulan lalu.

Antara mereka ialah Encik Ravi Philemon, yang meletak jawatan dari parti itu minggu lalu dan bekas naib pengerusi Michelle Lee yang meninggalkan parti itu pada Mac. Bekas anggota parti Daniel Teo disingkir dari PSP awal bulan ini, begitu juga dengan Jan Chan pada Mac.

Menjawab pertanyaan dari orang awam mengenai keanggotaan PSP yang kerap bertukar ganti, Dr Tan berkata: "Sekiranya orang-orang yang menyertai PSP berharap untuk memperolehi sesuatu dari parti itu untuk diri mereka sendiri, saya rasa walaupun mereka keluar parti saya tidak akan menyesal. "

Dr Tan berkata bahawa ada beberapa anggota parti yang mempunyai "ego besar" dan percaya bahawa cara mereka melakukan sesuatu adalah "satu-satunya cara yang betul".

"Namun kami mempunyai disiplin parti. Kami mempunyai cara parti untuk membenarkan orang menyuarakan kekecewaan dan rasa tidak puas hati mereka."

"Tetapi apabila mereka mempunyai ego besar, sangat sukar. Apabila ego mereka terguris, mereka bertindak balas dengan sangat negatif,” katanya lagi.

Dr Tan juga berkata bahawa PSP mempunyai lebih 1,000 anggota, dan mempunyai antara 20 dengan 30 orang yang meninggalkan parti "bukan isu besar".

"Bagi saya, ia bukan isu besar. Saat ini, ada sangat ramai yang sedang menunggu untuk menyertai kami," kata Dr Tan dalam sesi tersebut di mana beliau juga meminta penonton untuk menyertai parti itu.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan