Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Agensi pelancongan digantung, 3 diberkas berkait salah guna Baucar SingapoRediscovers

Suspek didakwa melakukan aturan memberi balik wang tunai dengan menawarkan pelanggan sebahagian nilai baucar mereka dalam bentuk tunai melalui pembelian lawatan tempatan dari agensi Continental Travel, kata polis pada Jumaat (15 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Agensi pelancongan digantung, 3 diberkas berkait salah guna Baucar SingapoRediscovers

(Gambar: Facebook/Continental Travel Singapore)

Diterbitkan : 15 Oct 2021 06:23PM Dikemas Kini : 15 Oct 2021 06:31PM

SINGAPURA: Tiga orang yang dikaitkan dengan agensi pelancongan Continental Travel ditangkap kerana disyaki terlibat dalam menyalahgunakan Baucar SingapoRediscovers.

Suspek didakwa melakukan aturan memberi balik wang tunai dengan menawarkan pelanggan sebahagian nilai baucar mereka dalam bentuk tunai melalui pembelian lawatan tempatan dari agensi itu, kata polis pada Jumaat (15 Okt).

Aturan seperti ini tidak dibenarkan di bawah skim Baucar SingapoRediscovers, tegas polis.

Skim itu diperkenalkan Disember lalu untuk menyokong perniagaan pelancongan tempatan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19. Warga Singapura berusia 18 tahun dan ke atas pada 2020 menerima baucar bernilai S$100, yang boleh digunakan untuk produk yang layak seperti lawatan, kunjungan ke daya tarikan dan menempah penginapan hotel.

Ketiga-tiga suspek ditangkap pada 27 Sep.

Polis menyatakan ia "memandang serius" sebarang percubaan untuk menipu skim sokongan pemerintah, sambil menambah bahawa siasatan sedang dijalankan.

Dalam kenyataan medianya, Lembaga Pelancongan Singapura (STB) menyatakan ia telah mengeluarkan notis yang menyatakan niat penguasa itu untuk menggantung lesen ejen pelancongan Continental Travel Singapore.

Continental Travel Singapore juga telah digugurkan dari skim Baucar SingapoRediscover dan tidak akan dibenarkan menerima tempahan baru menggunakan baucar itu.

"Tempahan Baucar SingapoRediscover sedia ada yang sah tidak akan terjejas dan khidmat yang ditempah masih boleh diteruskan seperti yang dirancang," kata STB.

Agensi pelancongan itu diberi 14 hari untuk membuat rayuan terhadap notis penggantungannya.

"Continental Travel Singapore masih perlu melaksanakan semua kewajipan yang ada kepada pengguna dan rakan industri, termasuk memastikan bahawa semua tempahan yang ada, tanpa mengira sama ada ia melibatkan penggunaan Baucar SingapoRediscover, tidak terjejas selama tempoh notis dan sebarang tempoh penggantungan kemudiannya," kata STB.

Ia menambah bahawa agensi itu juga perlu memaklumkan semua pelanggan mengenai notis untuk menggantung lesen agensi pelancongannya.

STB mengingatkan orang ramai bahawa Baucar SingapoRediscover hanya boleh digunakan untuk kegunaan peribadi dan penjualan atau pertukaran baucar dengan wang tunai sama sekali tidak dibenarkan.

Lembaga pelancongan juga mengingatkan warga Singapura bahawa tempahan untuk Baucar SingapoRediscover dapat dilakukan melalui lima wadah rakan kongsi yang sah - Changi Recommends, GlobalTix, Klook, Traveloka dan Trip.com.

Mereka yang memerlukan bantuan dengan urus niaga digital boleh mendapatkan bantuan di 34 kelab dan pusat masyarakat yang terletak di merata Singapura, serta pusat beli-belah, tarikan dan lokasi SingPost yang terpilih.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan