Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Agensi makanan baru mampu sokong keusahawanan, tingkat kecekapan

Penubuhan Agensi Makanan Singapura (SFA) dialu-alukan dalam industri yang menjangkakan badan berkanun baru itu mampu menyokong lebih baik sektor makanan tempatan dan meningkatkan kecekapannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Agensi makanan baru mampu sokong keusahawanan, tingkat kecekapan

Tempat penternakan ikan di Singapura. (Gambar: Afifah Ariffin)

Diterbitkan : 26 Jul 2018 08:49PM Dikemas Kini : 26 Jul 2018 08:52PM

SINGAPURA: Penubuhan Agensi Makanan Singapura (SFA) dialu-alukan dalam industri yang menjangkakan badan berkanun baru itu mampu menyokong lebih baik sektor makanan tempatan dan meningkatkan kecekapannya.

Berucap kepada para wartawan hari ini (26 Jul), Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli berkata bahawa SFA mampu "menyepadukan" industri makanan dengan lebih baik.

"Ini akan menyepadukan beberapa bahagian agensi-agensi berkaitan makanan dalam pelbagai segmen. Ia juga satu bentuk sokongan bagi syarikat-syarikat untuk memanfaatkan sebarang peluang yang ada dalam industri makanan kami."

Encik George Huang, pengerusi Persekutuan Perusahaan Agromakanan Singapura (SAFEF) yang baru ditubuhkan, berkata bahawa pembentukan SFA akan memudahkan lagi proses pelesenan para petani.

Ketua Pegawai Eksekutif JR Group Holdings juga bersetuju bahawa penubuhan SFA akan memperkemas proses permohonan bagi lesen-lesen yang diperlukan. JR Group Holdings mengendalikan restoran-restoran dan mesin-mesin layan diri yang menyediakan makanan.

Buat masa ini, para peniaga makanan mendapatkan lesen daripada Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA). Namun, mereka yang ingin mengendalikan pusat penyediaan makanan perlu membuat permohonan lesen berlainan daripada AVA.

"Ia akan menjadi lebih cekap, kerana kami tidak lagi perlu ke dua penguasa atau agensi untuk mendapatkan kebenaran dan kelulusan," tambah beliau. "Dengan hanya satu agensi, daripada segi peraturan, para pegawai atau agensi itu akan sangat tahu tentang apa yang ditawarkan.

"Ia menjadi lebih jelas. Kami tahu agensi mana yang perlu kami dekati. Ketiga, kami juga mendapat sokongan lebih baik, dengan tanggapan bahawa pegawai pelesenan tahu tentang perniagaan kami, dan mereka mampu membantu kami dengan lebih baik."

Kami berharap pembaharuan ini juga membolehkan syarikat-syarikat seperti JR Group menikmati penjimatan lebih baik, kata Cik Chng.

"Ia akan sangat menguntungkan bagi pelbagai pihak," tambah beliau.

Encik Shannon Lim, yang mengendalikan penternakan ikan di Lorong Halus, juga mengalu-alukan pengumuman itu. Beliau berharap SFA akan dapat memperuntukkan sumber-sumber, termasuk tenaga kerja bagi membantu para petani tempatan.

Encik Lim berkata beliau belum lagi menerima kad pengenalan wajib pekerja penternakan ikan yang diperlukan bagi salah satu kakitangannya meskipun permohonannya diluluskan pada bulan Februari.

"Kami cuba mengambil kad itu dari pejabat mereka pada bulan Jun. Mereka menyatakan ia belum siap lagi," tambah beliau. "(Saya percaya) badan berkanun yang lebih khusus mampu memperuntukkan sumber-sumber dengan lebih baik."

Selain pengurusan sumber, Encik Huang berharap SFA mampu membantu para petani mengeksport hasil mereka.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan