Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Agensi ekonomi akan tawar skim sokongan berdasarkan rancangan perniagaan

Syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) akan mendapat lebih banyak sokongan daripada pemerintah.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Aug 2019 08:01PM Dikemas Kini : 21 Aug 2019 11:17PM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) akan mendapat lebih banyak sokongan daripada pemerintah.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing mengumumkan, syarikat-syarikat SME hanya perlu menyediakan rancangan perniagaan dan agensi-agensi ekonomi seperti Enterprise Singapore akan menawarkan sokongan yang diperlukan.

Lebih banyak sokongan itu ditawarkan sedang keyakinan perniagaan bagi kebanyakan syarikat semakin malap dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Ini di tengah-tengah ketegangan yang berpanjangan antara Amerika Syarikat dan China.

Encik Chan berucap di persidangan tahunan bagi SME untuk membantu usaha menyerantau dan berinovasi.

Satu tinjauan tahunan perniagaan menunjukkan daripada kalangan 1,000 syarikat, hampir 40 peratus menjangkakan penurunan dalam keuntungan.

Ini adalah 12 peratus lebih tinggi berbanding tahun lalu. Kebanyakan syarikat juga bimbang tentang tekanan global.

Maka itu, Encik Chan berkata penting untuk meningkatkan motivasi dalam kalangan peniaga.

Sumber : CNA/NU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan