Images
  • supermarket
    Orang ramai di sebuah pasr raya di Singapura. (Gambar hiasan: TODAY)

Agensi baru akan ditubuhkan bagi selia keselamatan makanan S'pura

SINGAPURA: Sebuah lembaga berkanun yang memantau keselamatan bekalan makanan di Singapura akan ditubuhkan, setelah satu rang undang-undang diluluskan di Parlimen pada Selasa (12 Feb).

Agensi Makanan Singapura (SFA) menggabungkan semua fungsi berkaitan makanan yang kini dijalankan oleh tiga agensi iaitu AVA, NEA dan HSA.

AVA, yang ditubuhkan pada 2000, akan dibubarkan setelah perubahan itu berkuatkuasa 1 April ini.

Salah seorang Anggota Parlimen yang menyokong rang undang-undang ini^ ialah Encik Saktiandi Supaat.

Mengimbas kembali insiden penularan wabak selesema burung, SARS dan penyakit lembu gila sebelum ini, Encik Saktiandi menekankan ^bahawa penularan wabak-wabak itu menjejas keyakinan pengguna terhadap cara pemerosesan dan pengeluaran makanan.

Oleh itu, beliau mengalu-alukan penubuhan SFA yang akan memantau segala proses pengendalian bekalan makanan secara menyeluruh dan tindakan cepat dapat diambil sekiranya berlaku sebarang kejadian.

"Penubuhan Agensi Makanan Singapura (SFA) akan menjadikan kami lebih bersedia untuk melihat pelbagai aspek mengenai bekalan makanan kami, dari perolehan, pengeluaran, kebersihan kepada penyediaan maklumat yang tepat untuk pengguna," kata Encik Saktiandi.

SFA akan memperkukuh keselamatan makanan di Singapura dengan kerjasama rakan industri, sektor kajian dan pengembangan (R&D).

- CNA/HZ/tq

Top