Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

AGC: Lee Suet Fern dirujuk kepada Persatuan Guaman sejajar tuntutan undang-undang

Pejabat Peguam Negara (AGC) menjelaskan keputusannya untuk merujuk kes kemungkinan berlaku salah laku profesional melibatkan peguam, Cik Lee Suet Fern, kepada Persatuan Guaman, adalah mematuhi undang-undang Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Jan 2019 06:35PM Dikemas Kini : 09 Jan 2019 01:09AM

SINGAPURA: Pejabat Peguam Negara (AGC) menjelaskan keputusannya untuk merujuk kes kemungkinan berlaku salah laku profesional melibatkan peguam, Cik Lee Suet Fern, kepada Persatuan Guaman, adalah mematuhi undang-undang Singapura.

Mengulas persoalan yang ditimbulkan oleh Encik Lee Hsien Yang, suami kepada Cik Lee, AGC menambah bahawa tindakan itu sejajar dengan cara mahkamah negara mengendalikan kes-kes seumpama ini.

Menurut AGC, sebuah Tribunal Disiplin yang dilantik oleh Hakim Besar akan mendengar kes itu di mana Cik Lee boleh membentangkan hujah-hujahnya.

AGC menambah pihaknya tidak akan mengulas lanjut sambil mengingatkan semua pihak supaya berhati-hati untuk tidak menjejaskan sesi mendengar keterangan itu.

Dalam kenyataannya semalam (7 Jan) AGC menyatakan bahawa Cik Lee Suet Fern memainkan peranan dengan menyediakan Wasiat Terakhir mendiang Encik Lee Kuan Yew meskipun suaminya, Encik Lee Hsien Yang, ialah salah seorang pewaris wasiat tersebut.

Ini meletakkan Cik Lee dalam kedudukan yang boleh menimbulkan konflik kepentingan.

Menulis di laman Facebooknya, Encik Lee Hsien Yang mempersoalkan mengapa baru sekarang Pejabat AGC mengambil keputusan untuk merujukkan kes melibatkan isterinya, kepada Persatuan Guaman di samping sekiranya kepentingan awam dipertimbangkan.

Encik Lee juga mendakwa kenyataan AGC bahawa isterinya enggan menjawab dakwaan-dakwaan tersebut tidak benar. Beliau menggesa AGC mendedahkan seluruh surat-menyurat dengan isterinya. 

Sumber : CNA/MM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan