Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Afifah Ariffin menang anugerah wartawan muda terbaik 2018

Siri dokumentari yang meninggalkan kesan dan liputan berita yang menyentuh perasaan. Demikian antara karya cemerlang para wartawan yang diiktiraf semalam di Anugerah Berita Mediacorp.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Apr 2018 06:57PM Dikemas Kini : 21 Apr 2018 09:38PM

SINGAPURA: Siri dokumentari yang meninggalkan kesan dan liputan berita yang menyentuh perasaan. Demikian antara karya cemerlang para wartawan yang diiktiraf semalam di Anugerah Berita Mediacorp.

Lima anugerah disampaikan merentasi unit-unit televisyen, radio, cetak dan wadah online Mediacorp, dari dokumentari yang mengusik sanubari dan meninggalkan agenda ke paparan berita yang membentuk pemahaman umum dan membawa kepada rombakan dasar-dasar.

Antara penerima anugerah adalah wartawan Afifah Ariffin dan Low Minmin yang dijulang sebagai Wartawan Muda Terbaik Tahun Ini. Kedua-duanya di bawah usia 30 tahun.

Afifah diiktiraf atas penceritaan cemerlang serta kemahiran mengumpul bahan berita khususnya, liputan mengenai kem pelarian Rohingya di Bangladesh.

Wartawan Terbaik Tahun Ini pula disandang editor Jeremy Koh - mantan koresponden Beijing Channel NewsAsia - bagi kerja bermutu tinggi yang diterbitkannya secara konsisten.

Sementara itu, sebuah kisah menyingkap kehidupan warga emas yang bekerja sehingga usia senja diiktiraf sebagai Berita Terbaik Tahun Ini.

Yvonne Lim daripada pasukan digital Channel NewsAsia berjaya membuatkan orang awam dan pemerintah menjenguk semula isu tersebut.

Kumpulan online itu juga memenangi Rencana Digital Terbaik Tahun Ini dengan laporannya yang memperingati ulang tahun ke-10 tragedi bot naga Singapura pada 2007.

Anugerah Dokumentari Terbaik Tahun Ini pula milik sebuah episod program risikan Get Real, "Escape From Marawi".

Ia menyampaikan kisah menggamit perasaan tentang pengorbanan dan kelangsungan hidup penduduk Marawi yang diancam pejuang ISIS. 

Sumber : CNA/FZ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan