Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Aduan tentang iklan naik buat dua tahun berturut-turut pada 2020

Aduan tentang iklan-iklan bertambah buat tahun kedua berturut-turut pada 2020. Sebahagian daripadanya didorong oleh keprihatinan tentang produk dan perkhidmatan berkaitan dengan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Jun 2021 09:16PM Dikemas Kini : 08 Jun 2021 12:31AM

SINGAPURA: Aduan tentang iklan-iklan bertambah buat tahun kedua berturut-turut pada 2020.

Sebahagian daripadanya didorong oleh keprihatinan tentang produk dan perkhidmatan berkaitan dengan COVID-19.

Penguasa Piawaian Pengiklanan Singapura (ASAS) menerima 428 maklum balas sedemikian tahun lalu, iaitu 19 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Menurut pihak berkuasa, peningkatan itu telah dijangkakan.

Ini memandangkan lebih ramai pengguna membeli-belah secara online semasa pandemik dan lebih terdedah kepada iklan-iklan di berbilang wadah.

Sejumlah 48 maklum balas diterima berhubung industri kesihatan, iaitu seganda jumlahnya pada 2019.

Ini disusuli oleh sektor elektrikal dan elektronik, telekomunikasi, makanan dan minuman serta restoran.

Sumber : CNA/ZM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan