Aduan serangga halus di Kolam Air Pandan melonjak kepada 3 kali ganda
Jumlah aduan mengenai serangga halus yang kelihatan di Kolam Air Pandan dan kawasan sekitarnya meningkat kepada tiga kali ganda bulan lalu. Menurut PUB, keadaan itu mungkin menjadi lebih teruk dalam masa beberapa minggu akan datang jika cuaca panas berterusan.
SINGAPURA: Jumlah aduan mengenai serangga halus yang kelihatan di Kolam Air Pandan dan kawasan sekitarnya meningkat kepada tiga kali ganda bulan lalu.
Menurut agensi air PUB, keadaan itu mungkin menjadi lebih teruk dalam masa beberapa minggu akan datang jika cuaca panas berterusan.
Sejak beberapa minggu lalu, para penduduk dekat Kolam Air Pandan dibelenggu masalah ribuan serangga halus yang berterbangan.
Walaupun tidak menggigit atau membawa penyakit, serangga-serangga halus ini boleh menimbulkan gangguan jika dalam bilangan yang banyak.
Menurut PUB, serangga-serangga halus itu muncul kerana cuaca yang panas dan lembab.
Seorang pakar dari NUS berkata masalah itu diburukkan lagi dengan tahap nutrien air yang tinggi dalam Kolam Air Pandan.
Bagi menangani masalah itu, PUB menyembur ubat serangga di sekitar kolam air serta kolong-kolong blok HDB berdekatan.
Ia juga menghapuskan telur-telur serangga itu yang kelihatan di struktur terapung dan batu-batu dalam kolam air tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.