Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Aduan keganasan keluarga lonjak lebih 100% semasa 'circuit breaker': AWARE

Persatuan Wanita bagi Tindakan dan Kajian (AWARE) menerima lebih banyak aduan mengenai keganasan keluarga pada bulan April.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Persatuan Wanita bagi Tindakan dan Kajian (AWARE) menerima lebih banyak aduan mengenai keganasan keluarga pada bulan April.

Aduan yang diterimanya semasa tempoh 'circuit breaker' itu melonjak lebih 100 peratus berbanding April tahun lalu. 

BERITAmediacorp menebual salah seorang pengurus projek bagi Jangkauan Masyarakat dan Penyelidikan AWARE, Cik Filzah Sumartono bagi memahami dengan lebih mendalam tentang perangkaan membimbangkan itu. 

(Gambar ilustrasi: Ngau Kai Yan)

JUMLAH PERTANYAAN MENINGKAT 35%

"Kami menerima kes seperti keganasan fizikal atau dari segi pengawalan. Ada juga kita menerima satu kes di mana suaminya mengancam akan bunuh diri di hadapan isteri dan anak-anaknya," kongsi Cik Filzah.

Kes itu antara yang diterima AWARE sepanjang tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19 bulan lalu.

"Jadi kita perlu faham juga yang keganasan rumahtangga bukan hanya keganasan dari segi fizikal sahaja tetapi juga termasuk penderaan dari segi mental, emosi, kewangan, seksual, kerohanian dan ancaman dan kata-kata pun boleh merupakan ancaman rumahtangga," tekannya lagi.

Menurut Cik Filzah, jenis-jenis keganasan yang diterima memang menakutkan sejak akhir-akhir ini, namun lebih membimbangkan ialah peningkatan “mendadak” jumlah kes keganasan keluarga sepanjang tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19. 

Ini berbanding 459 kes pada Mac tahun lalu.

Perangkaan Mac tahun ini juga adalah jumlah bulanan tertinggi baginya sejak 29 tahun lalu.

JUMLAH KEGANASAN RUMAH TANGGA MENINGKAT 112%

AWARE juga memberitahu kami jumlah aduan mengenai keganasan keluarga juga bertambah 112 peratus pada April tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Meskipun semakin ramai wanita yang didera tampil mendapatkan bantuan, AWARE percaya ada ramai lagi yang tidak melakukan demikian disebabkan stigma dan rasa takut terhadap pelakunya.

"Ini juga hanya kes yang dilaporkan, yang kami terima jadi kami tahu yang ada lebih banyak lagi kes yang tidak dilaporkan mungkin kerana mangsa tidak berani untuk membuat aduan atau mungkin pelakunya selalu berada di rumah.

"Jadi, mangsa tidak ada kesempatan atau tidak ada ruang yang selamat untuk mengangkat telefon dan membuat panggilan ataupun mungkin pelaku telahpun merampas telefon bimbit mangsa tersebut," kongsinya dengan BERITA.

MENGAPA KES KEGANASANKELUARGA MENINGKAT SEMASA COVID-19?

Terdapat banyak punca yang dikaitkan dengan keganasan rumah tangga.

Pengasingan sosial, atau 'social isolation' menyebabkan mereka (pelaku) tidak ada saluran untuk menghilangkan tekanan, saluran untuk mengadu.

"Lagi satu ialah masalah kewangan. Ramai yang sekarang dibuang kerja atau hilang pendapatan jadi ini pun boleh menimbulkan konflik dan tekanan," tambah beliau lagi.

Cik Filzah turut berkata, keadaan rumah yang sempit turut boleh menjadi faktor yang menimbulkan perselisihan faham.

"Kalau ramai ahli keluarga di tempat yang sempit itu ini membuatkan suasana orang menjadi rimas, dan lebih senang untuk jadi marah," tekan beliau.

Dengan bilangan panggilan yang mencecah 'paras rekod' tertinggi itu, AWARE baru-baru ini melancarkan satu khidmat perbualan teks yang disediakan menerusi platform Zoom.  

Sumber : BERITA Mediacorp/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan