Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Adik Seniman Aziz Sattar, Zaini Sattar meninggal dunia

Seniman Zaini Sattar, adik kepada seniman Aziz Sattar, meninggal dunia hari ini (7 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Adik Seniman Aziz Sattar, Zaini Sattar meninggal dunia

Allahyarham Zaini Sattar (kanan) bersama abangnya Allahyarham Aziz Sattar. (Gambar ihsan: Roshidah Zaini).

BERITAmediacorp: Seniman Zaini Sattar, adik kepada seniman Aziz Sattar, meninggal dunia hari ini (7 Okt).

Salah seorang anak Allahyarham, Roshidah Zaini, memberitahu BERITAmediacorp, Allahyarham meninggal dunia sekitar pukul 1.21 pagi tadi di Hospital Besar Changi (CGH).

Beliau menambah, Allahyarham yang berusia 84 tahun, meninggal dunia disebabkan penyakit radang paru-paru atau pneumonia.

Cik Roshidah turut berkongsi dengan BERITAmediacorp bahawa bapanya seorang yang ceria dan amat prihatin tentang kesejahteraan orang lain berbanding dirinya sendiri.

"Dia pentingkan orang lain lah daripada diri sendiri. Dia masih ingat semua rakan-rakannya, kawan-kawan lama. Dia masih bercerita tentang kawan-kawan lamanya. Selalu ingatkan orang, kalau ada orang yang susah, dialah orang pertama yang akan kata 'orang itu susah jangan pandang orang itu rendah'. Dia tak pernah lokek lah, kata Cik Roshidah sambail menahan sebak.

Allahyarham Zaini Sattar merupakan pelakon tambahan, pemuzik dan penari bagi filem-filem keluaran Malay Film Productions, menurut laporan Wadah Seniku di laman Facebooknya.

Menurut laporan itu lagi, Allahyarham Zaini Sattar mempunyai wajah seiras Allahyarham abangnya, Aziz Sattar. Allahyarham Aziz Sattar meninggal dunia pada bulan Mei 2014.

Jenazah Allahyarham Zaini akan disolatkan di Masjid Ba’alwie, di Lewis Road pada pukul 12 tengah hari nanti dan akan dikebumikan di Pusara Aman selepas solat zuhur.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Jainon Manap dan sembilan orang anak. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan