Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Adidas, KFC Bugis Junction, restoran Al-Sahira antara lokasi kunjungan kes COVID-19 semasa berjangkit

Dua kedai di pusat beli-belah Bugis Junction dan dua buah restoran adalah antara lokasi baru yang dimasukkan ke dalam senarai tempat yang dikunjungi oleh kes-kes COVID-19 dalam masyarakat semasa tempoh berjangkit.

Anggaran Waktu Membaca:
Adidas, KFC Bugis Junction, restoran Al-Sahira antara lokasi kunjungan kes COVID-19 semasa berjangkit

(Petikan skrin: Google Street View)

Diterbitkan : 31 Jul 2020 11:57PM Dikemas Kini : 01 Aug 2020 12:27AM

SINGAPURA: Dua kedai di pusat beli-belah Bugis Junction dan dua buah restoran adalah antara lokasi baru yang dimasukkan ke dalam senarai tempat yang dikunjungi oleh kes-kes COVID-19 dalam masyarakat semasa tempoh berjangkit.

Kes-kes COVID-19 melanggani cawangan Adidas dan KFC Bugis Junction, menurut kemas kini harian Kementerian Kesihatan (MOH).

Turut dimasukkan ke dalam senarai itu adalah kedai makan Ng Ah Sio Bak Kut Teh di Jalan Rangoon dan Restoran Al-Sahira di Jalan Sultan.

Restoran Al-Sahira pernah dimasukkan ke dalam senarai tersebut pada hari sebelumnya, yang pernah dikunjungi kes COVID-19 pada 17 Jul.

Tempat-tempat baru yang dimasukkan ke dalam senarai pada Jumaat adalah seperti berikut:

Mereka yang dikenal pasti sebagai kontak rapat kes-kes COVID-19 yang disahkan sudahpun dimaklumkan oleh MOH, menurut kementerian itu.

Menurut MOH, orang ramai yang berada di lokasi-lokasi tersebut pada waktu yang disebutkan harus memantau kesihatan mereka dengan teliti selama 14 hari dari tarikh lawatan mereka.

"Mereka perlu segera berjumpa doktor jika mereka mengalami gejala jangkitan pernafasan akut (seperti batuk, sakit tekak dan hidung berair), serta demam dan kehilangan deria rasa atau bau, dan memberitahu doktor mengenai sejarah pendedahan mereka," tambah MOH.

"Tidak perlu mengelakkan tempat-tempat yang pernah dikunjungi oleh kes-kes COVID-19."

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) juga akan mendampingi pihak pengurusan premis-premis tersebut untuk memberikan panduan mengenai kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman yang perlu dijalankan.

Singapura pada Jumaat melaporkan 396 kes baru jangkitan COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 52,205.

Ini termasuk tiga kes dalam masyarakat, yang terdiri daripada pemegang pas kerja, pemegang permit kerja dan pemegang pas lawatan jangka pendek.

Tiga kes import juga dilaporkan, termasuk seorang budak 6 tahun warga Singapura, seorang penduduk tetap dan pemegang pas tanggungan.

Baki kes baru yang dilaporkan adalah pemegang permit kerja yang tinggal di dormitori.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan