Ada lagi yang menyamar jadi Mufti Negara Dr Fatris Bakaram di Instagram
Sekali lagi ada yang cuba menyamar sebagai Mufti Negara Dr Mohamed Fatris Bakaram di Instagram. Sejak semalam (23 Feb), pengguna berkenaan bahkan sudah memuat naik beberapa gambar Dr Fatris dalam tiga catatan berbeza berunsur keagamaan.
SINGAPURA: Sekali lagi ada yang cuba menyamar sebagai Mufti Negara Dr Mohamed Fatris Bakaram di Instagram. Sejak semalam (23 Feb), pengguna berkenaan bahkan sudah memuat naik beberapa gambar Dr Fatris dalam tiga catatan berbeza berunsur keagamaan.
"Ai?! Ada lagi?! Yang kelmarin sudah hilang, ini muncul yang baru lagi," seloroh Dr Fatris menerusi catatan Instagram pagi tadi (24 Feb).
Kalau beberapa hari lalu ada yang menyamar sebagai Mufti Negara menggunakan nama "Muhammad Bakaram", akaun palsu terkini yang dilaporkan sendiri oleh Dr Fatris pula menggunakan "Bakaram Muhammad".
"Peminat ke, atau apa ya? Dia macam nak ajak main sembunyi-sembunyi, atau kejar-kejar gitu," tambah Dr Fatris.
Dr Fatris, yang akan melepaskan jawatan sebagai Mufti Negara pada 1 Mac ini, selanjutnya mengajak para pengguna Instagram supaya melaporkan akaun palsu itu.
"Jom, kita ajar dia main 'police & thief'. Nak?"
Minggu lalu, Dr Fatris memberi amaran tentang seorang pengguna yang menyamar sebagai dirinya. Gambar-gambar Dr Fatris digunakan si penyamar dalam akaun palsu tersebut.
Malah, nama akaun yang digunakan juga "macam iras-iras".
Para pengikut akaun Instagram Dr Fatris sudahpun melaporkan akaun berkenaan dan ia tiada lagi di laman tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.