Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Acara temu peminat Nas Daily tidak perlukan Permit Akta Ketenteraman Awam: Polis

Sesi bertemu peminat oleh vlogger Nas Daily di Kebun Bunga Singapura adalah "acara bukan bersifat perjuangan" dan tidak memerlukan permit di bawah Akta Ketenteraman Awam (POA).

Anggaran Waktu Membaca:
Acara temu peminat Nas Daily tidak perlukan Permit Akta Ketenteraman Awam: Polis

Petikan video yang diterbirkan Naseir Yassin (Gambar: Facebook/Nas Daily)

Diterbitkan : 20 Apr 2019 09:58AM Dikemas Kini : 20 Apr 2019 09:59AM

SINGAPURA: Sesi bertemu peminat oleh vlogger Nas Daily di Kebun Bunga Singapura adalah "acara bukan bersifat perjuangan" dan tidak memerlukan permit di bawah Akta Ketenteraman Awam (POA).

Demikian menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Jumaat (19 Apr).

Kenyataan itu dikeluarkan setelah Nas Daily, atau nama sebenarnya Nuseir Yassin, memberitahu Mediacorp pada Jumaat bahawa "kesemua permit yang diperlukan sudah diluluskan" bagi sesi bertemu peminat pertamanya sejak beliau tiba di Singapura Rabu lalu.

SPF menyatakan ia sedar akan dakwaan palsu tentang sikap "berat sebelah terhadap kelulusan permit" bagi acara itu yang berlangsung hari ini (20 Apr).

Dalam responsnya kepada pertanyaan media, SPF menyatakan: "Tuduhan sedemikian yang memberi gambaran bahawa polis bersikap berat sebelah dan tidak adil adalah tidak benar dan tidak berasas dengan niat jahat untuk menggugat keyakinan terhadap institusi awam."

SPF menambah acara Nas Daily melibatkan personaliti media dan boleh dianjurkan di luar Sudut Pidato tanpa permit. Ia memberi contoh seperti acara-acara bertemu peminat bagi pelakon Hollywood Chris Hemsworth di Marina Bay Sands pada Mei tahun lalu dan pelakon tempatan Fann Wong di pusat beli-belah Bugis Plus pada 2017.

Bagaimanapun menurut polis, memandangkan acara Nas Daily pada Sabtu melibatkan penggunaan muzik yang dirakam, Lesen Hiburan Awam (PEL) diberikan.

SPF menambah, PEL dikeluarkan bagi berbagai-bagai acara yang dianjurkan oleh pelbagai orang perseorangan atau syarikat.

Sebaliknya, acara-acara berdasarkan perjuangan, seperti bagi menunjukkan sokongan atau membangkang pendapat atau tindakan mana-mana orang, kumpulan pemerintah, membuat publisiti bagi sesuatu perjuangan atau gerakan, atau menandakan atau memperingati mana-mana peristiwa akan memerlukan permit polis di bawah POA.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan