Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Acara Purple Parade 2020 tarik sokongan hampir 10,000 rakyat S'pura

Acara Purple Parade 2020 menarik sokongan hampir 10,000 rakyat Singapura bagi menggalakkan penyertaan serta meraikan golongan berkeperluan khas.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 31 Oct 2020 09:26PM Dikemas Kini : 01 Nov 2020 12:02AM

SINGAPURA: Acara Purple Parade 2020 menarik sokongan hampir 10,000 rakyat Singapura bagi menggalakkan penyertaan serta meraikan golongan berkeperluan khas.

Acara itu yang memasuki edisi kelapan tahun ini diadakan secara online buat pertama kalinya dek pandemik COVID-19.

Sekitar 113 peserta terlibat dalam menjayakan acara Purple Parade yang disiarkan secara langsung di Facebook.

Malah semasa konsert itu disiarkan secara langsung petang tadi (31 Okt), ia berjaya menarik tontonan ribuan pengguna Facebook.

Acara itu terdiri daripada persembahan secara langsung serta yang dirakam lebih awal lagi dan melibatkan badan amal dan pertubuhan seperti MINDS dan Thye Hwa Kuan Moral Charities.

Para peserta sudah mula mempersediakan persembahan mereka secara purata dua bulan sebelum ini. Antara mereka termasuk Muhd Ammar yang menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Reka Tari acara tahun ini meskipun mempunyai masalah pendengaran.

"Saya rasa berbangga untuk buat muzik video Purple Parade pasal ini adalah edisi kelapan dan salah satu gerakan terbesar negara yang meraikan keupayaan mereka yang kurang upaya," kata Muhd Ammar kepada BERITAmediacorp.

Turut hadir di acara itu termasuk tetamu kehormat Menteri Pendidikan Lawrence Wong dan tetamu khas Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) Masagos Zulkifli.

Encik Masagos yang menghadiri acara itu buat pertama kali sebagai Menteri MSF menekankan bagaimana Purple Parade mencerminkan semangat Singapura dalam meraikan setiap individu sedang masyarakat terus bergerak maju.

"Masih ada banyak lagi yang boleh dilakukan dan kami akan terus membina usaha bersama. Saya mengalu-alukan semua rakyat Singapura, kita bersama mewujudkan sebuah rumah yang mana kita berharap setiap rakyat Singapura akan rasa dihargai, disertai, diraikan dengan rasa seperti sebahagian daripada negara ini dan sebuah Singapura yang kita semua boleh rasa bangga," ujar Encik Masagos.

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan