Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Acara larian Reben Kuning tarik 10,000 peserta meski jerebu

Acara larian Reben Kuning diteruskan pagi ini (15 Sep) meskipun keaadan berjerebu, dengan penyertaan lebih 10,000 peserta. Tahun ini, larian Reben Kuning berjaya mengumpul dana lebih S$125,000 untuk pelbagai program sokongan bagi bekas pesalah.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Sep 2019 06:35PM Dikemas Kini : 16 Sep 2019 03:19AM

SINGAPURA: Acara larian Reben Kuning diteruskan pagi ini (15 Sep) meskipun keaadan berjerebu.

Ini merupakan kali kedua acara tersebut berjaya menarik lebih 10,000 peserta.

Tahun ini, larian Reben Kuning berjaya mengumpul dana lebih S$125,000 untuk pelbagai program sokongan bagi bekas pesalah.

Presiden Halimah Yacob merasmikan larian kompetitif 10km dan larian 5km yang berakhir di Kompleks Penjara Changi di mana satu karnival dianjurkan.

Presiden Halimah turut menyertai acara berjalan kali sepanjang 5km dan meletakkan kepingan terakhir Lego pada dinding mozek yang melambangkan sokongan keluarga.

Para peserta juga dijemput untuk membalas surat yang ditulis oleh mereka yang masih lagi dalam tahanan.

"Bekas pesalah menghadapi banyak ketidaktentuan dalam perjalanan mereka untuk kembali ke pangkuan masyarakat. Jadi apabila kami melihat ribuan orang menunjukkan sokongan mereka kepada Projek Reben Kuning dengan menyertai larian ini, ia amat bermakna kerana ia menunjukkan bahawa kami tidak keseorangan dan masyarakat menyokong kami," menurut seorang peserta larian Azmi Rahman, yang juga seorang bekas pesalah guna dadah.

Menurut kenyataan media Jabatan Penjara Singapura (SPS), sejak dimulakan pada 2009, Larian Reben Kuning sudah mengumpulkan lebih S$1,180,000.

Sumber : CNA/RR/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan