Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Acara 'Hari Bawa Keluarga Anda Ke Tempat Kerja titikberatkan hubungan keluarga

Inisiatif-insiatif mesra keluarga di tempat kerja adalah penting untuk memberikan ruang kepada para pekerja menjalankan tugas mereka dengan fikiran yang tenang.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 31 Aug 2018 10:59PM Dikemas Kini : 01 Sep 2018 08:45AM

SINGAPURA: Inisiatif-insiatif mesra keluarga di tempat kerja adalah penting untuk memberikan ruang kepada para pekerja menjalankan tugas mereka dengan fikiran yang tenang.

Ia juga menunjukkan majikan bukan sahaja pentingkan sumbangan kakitangannya malah juga menitikberatkan hubungan kekeluargaan.

Setiausaha Parlimen Kanan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga, Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata demikian di acara 'Hari Bawa Keluarga Anda Ke Tempat Kerja' oleh syarikat Thales.

Ini merupakan kali ketiga syarikat berbilang negara dari Perancis itu menganjurkan acara sebegini bagi menyokong inisiatif 'Hujung Minggu Keluarga Saya', iaitu satu inisiatif tahunan anjuran Families For Life Council (FFL Council).

Sekitar 80 kanak-kanak menyertai ibu bapa mereka untuk menikmati pelbagai aktiviti mesra keluarga termasuk gerai-gerai permainan karnival.

Acara tersebut adalah sebahagian dasar-dasar mesra keluarga yang termasuk aturan kerja fleksibel di syarikat Thales bagi menggalak ikatan keluarga yang lebih kukuh.

"Ini adalah penting kerana dengan adanya inisiatif mesra keluarga, ia akan memberikan ruang kepada pekerja-pekerja mereka untuk bekerja dengan lebih fokus dan juga.

"Dengan itu sekali gus memberikan mereka ketenangan fikiran,
kebahagian dalam pekerjaan mereka dan juga dalam kehidupan bersama keluarga mereka," kata Setiausaha Parlimen Kanan MSF, Dr Muhammad Faishal Ibrahim. 

Sumber : CNA/FZ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan