Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Acara cabaran senaman kembali dianjurkan namun disesuaikan dengan keadaan pandemik

Mereka yang menyertainya boleh berjalan, berlari atau sekadar menjelajah sambil mengumpulkan mata dan mempunyai peluang untuk memenangi hadiah seperti baucar beli-belah.

Anggaran Waktu Membaca:
Acara cabaran senaman kembali dianjurkan namun disesuaikan dengan keadaan pandemik

Peta bagi Perlumbaan Kawasan 2020. (Gambar: Facebook/ District Race)

Diterbitkan : 28 Nov 2020 02:42PM Dikemas Kini : 28 Nov 2020 02:43PM

SINGAPURA: Para penganjur acara yang memerlukan peserta untuk bersenam sambil mengumpulkan mata kini menawarkan lebih banyak ganjaran luar biasa.

Ganjaran itu termasuk lawatan ke ladang dan kilang pada potongan harga serta peluang untuk menikmati pemandangan sekitar Singapura.

Pada tahun lalu, ribuan orang menyertai Perlumbaan Daerah atau 'District Race' yang mana mereka perlu bersaing untuk sampai ke sebanyak pusat pemeriksaan maya yang mungkin, melakukan cabaran dan mendapatkan mata.

Kesemua tempat itu terletak di kawasan tengah Singapura.

Encik Josh Tendler, salah seorang anggota pasukan penganjur, berkata acara itu dikembalikan tahun ini walaupun di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Namun ia tidak lagi diadakan dalam sehari tetapi sebaliknya untuk lebih enam minggu dan diperluaskan ke kawasan utara, timur dan barat Singapura.

Mereka yang menyertainya boleh berjalan, berlari atau sekadar menjelajah sambil mengumpulkan mata dan mempunyai peluang untuk memenangi hadiah seperti baucar beli-belah.

Encik Tendler menambah bahawa dengan menggunakan aplikasi, acara berkenaan juga menghubungkan orang ramai.

Satu lagi acara yang serupa dianjurkan SWOT Mission bertujuan menggalak orang ramai bersenam dan pada masa yang sama menyokong perniagaan tempatan.

Kedua-dua acara itu akan berlangsung hingga hujung tahun ini.

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan