Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Abidah Raihana Zainal antara wira 'Captains Of Lives' Jabatan Penjara

Sejak mula bertugas sebagai pakar pemulihan bersama Jabatan Penjara Singapura (SPS) enam tahun lalu, Cik Abidah Raihana Zainal, 36 tahun sudah membantu hampir 200 bekas banduan memulakan kehidupan baru selepas keluar dari penjara.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sejak mula bertugas sebagai pakar pemulihan bersama Jabatan Penjara Singapura (SPS) enam tahun lalu, Cik Abidah Raihana Zainal, 36 tahun sudah membantu hampir 200 bekas banduan memulakan kehidupan baru selepas keluar dari penjara.

Ia dilakukan dengan memberi mereka kaunseling secara individu atau berkumpulan. Beliau juga membantu menghubungkan bekas banduan dengan sumber-sumber masyarakat bagi menyesuaikan diri dengan keadaan dan masyarakat di luar apabila dibebaskan kelak.

(Gambar: Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS))

(Gambar: Jabatan Penjara Singapura (SPS))

"Contohnya bagaimana untuk berkomunikasi dengan berkesan, bagaimana untuk membuat keputusan menggunakan analisis kos dan manfaat (cost and benefit analysis) dan mengawal emosi mereka supaya tidak bertindak tanpa berfikir," kata Cik Abidah.

CONTOH KEJAYAAN YANG DIKECAPI

Kebanyakan banduan yang dibantunya mempunyai sejarah menyalahgunakan dadah dan jenayah yang lain. Walaupun beliau berpengalaman, tugasnya tetap mencabar khususnya apabila si pesalah bersikap 'keras kepala'.

"Ada seorang pesalah yang tidak mahu bekerjasama dengan saya. Dia tidak percaya kepada program pemulihan dan juga belum berfikir untuk berubah. Tetapi saya teruskan untuk menjalankan program itu.

"Selepas mungkin dalam satu bulan, dia datang kepada saya dan memberitahu saya dia telah cuba mengawal emosinya menggunakan salah satu kemahiran yang dia pelajari. Dan dia sangat terperanjat pasal dia cakap, untuk seseorang yang panas baran, dia dapat mengawal dirinya dan emosinya untuk tidak bertindak," jelas Cik Abidah.

Yang pasti Cik Abidah berkongsi bahawa beliau berasa puas apabila mendengar berita positif daripada kaunselor-kaunselor jagaan lanjut tentang bekas banduan yang dibantunya.

"Itu yang memberikan saya semangat untuk buat apa yang saya lakukan," kata beliau.

FILEM PENDEK RAIKAN SUMBANGAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN PENJARA

Cik Abidah adalah antara kakitangan SPS yang digelar 'Captains of Lives' (COL). COL diakui sebagai memainkan peranan penting dalam pemulihan dan integrasi para banduan kembali ke pangkuan masyarakat.

Kini sudah lebih 20 tahun kempen COL dilancarkan dengan kerjasama SPS dengan masyarakat dengan kempen terkini COL dilancarkan pada 15 Okt.

Kerjasama SPS dengan pakar awam terbukti berkesan dengan kadar kebentanan di kalangan bekas pesalah merosot daripada 44 peratus pada 1998, kepada 24 peratus pada 2017.

Selain itu, jumlah sukarelawan juga meningkat kepada 3,000 orang hari ini, berbanding kurang 200 orang pada 1999.

(Gambar: Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS))

(Gambar: Jabatan Penjara Singapura (SPS))

Sumbangan wira-wira belakang tabir seperti Cik Abidah diberi penghargaan menerusi sebuah filem pendek yang memaparkan peranan penting yang dimainkan pegawai dan kakitangan penjara.

Berjudul 'The Test' (Ujian), ia mengisahkan bagaimana seorang bapa yang menduduki peperiksaan dari dalam penjara diberi semangat untuk terus memperbaiki diri oleh seorang pegawai penjara.

Video dua setengah minit ini boleh anda ikuti di wadah-wadah media sosial 'Captains of Lives' seperti berikut:

- youtube.com/CaptainsOfLives
- facebook.com/CaptainsOfLives

Sumber : BERITA Mediacorp/SY
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan