Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Abduljafar, pengetua pusat latihan, dipenjara kerana jual sijil kursus keselamatan

Seorang ketua pusat latihan dijatuhi hukuman penjara 10 bulan pada 1 Nov kerana mengeluarkan sijil kursus latihan secara salah, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Khamis (8 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Abduljafar, pengetua pusat latihan, dipenjara kerana jual sijil kursus keselamatan
Diterbitkan : 08 Nov 2018 08:47PM Dikemas Kini : 08 Nov 2018 08:48PM

SINGAPURA: Seorang ketua pusat latihan dijatuhi hukuman penjara 10 bulan pada 1 Nov kerana mengeluarkan sijil kursus latihan secara salah, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Khamis (8 Nov).

Abduljafar Abdulkuthose, pengetua Vsafe Training Consultant, didapati mengeluarkan 17 sijil latihan kursus Keselamatan Penyelia Binaan Bangunan (BCSS) dan pas keselamatan kepada para pekerja tanpa mengadakan sebarang latihan atau ujian.

Selain pekerja yang mendaftar secara sendiri, Abduljafar juga berpakat dengan ejen-ejen untuk menjual sijil kepada pekerja yang berminat. Setiap pekerja perlu membayar antara S$200 hingga S$700 menerusi ejen-ejen tersebut.

Siasatan bermula pada Mac 2016 apabila MOM mendapat maklumat Vsafe terlibat dalam kegiatan menjual sijil.

Kementerian itu mendapati Vsafe memuat naik bilangan tinggi rekod BCSS di sistem latihan MOM antara January dan Mac 2016, meskipun hanya dua sesi latihan dianjurkan pada Februari 2016 bagi pelatih warga Korea.

MOM sudah membatalkan kesemua rekod palsu Vsafe.

BCSS adalah satu kursus latihan wajib bagi penyelia dalam industri binaan. Kursus itu kemudian dinamakan sebagai Selia Kerja Binaan dalam Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja pada Mei 2017.

Menurut pengarah Badan Pemeriksa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja MOM Sebastian Tan, penyedia latihan membahayakan nyawa pekerja apabila menjual sijil-sijil palsu.

"Para pekerja yang mendapat sijil dan pas palsu ternyata tidak dilengkapi keupayaan mengurus isu WSH (Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja) atau melaksanakan langkah mencegah risiko di tapak kerja. Majikan mereka juga mempunyai tanggapan salah bahawa para pekerja mereka diselia oleh penyelia bertauliah," katanya lagi.

"Dengan menjual pas dan sijil palsu, penyedia latihan secara sengaja mencabuli rejim latihan WSH dan membahayakan nyawa pekerja."

Ini bukan pertama kali tindakan dikenakan ke atas penyedia khidmat yang melakukan kesalahan. Dua pengarah dan seorang jurulatih dari tiga lagi penyedia latihan WSH sebelum ini masing-masing dikenakan penjara 10 bulankerana memalsukan sijil kursus BCSS.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan