Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

940,000 keluarga HDB bakal terima rebat S&CC S$134 juta; rebat antara 1.5 hingga 3.5 bulan bergantung kepada jenis flat

Sekitar 940,000 keluarga di Singapura yang menetap di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menerima rebat yuran perkhidmatan dan penyenggaraan (S&CC) bernilai S$134 juta bagi tahun kewangan 2020 (dari April 2020 hingga Mac 2021).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Mar 2020 12:18PM Dikemas Kini : 25 Mar 2020 08:55PM

SINGAPURA: Sekitar 940,000 keluarga di Singapura yang menetap di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menerima rebat yuran perkhidmatan dan penyenggaraan (S&CC) bernilai S$134 juta bagi tahun kewangan 2020 (dari April 2020 hingga Mac 2021).

Rebat S&CC itu adalah sebahagian daripada Pakej Bantuan Keluarga yang diumumkan semasa Belanjawan 2020 untuk membantu para keluarga di sini menampung perbelanjaan mereka.

Dalam kenyataan medianya pada Rabu (25 Mac), Kementerian Kewangan (MOF) menyatakan secara keseluruhannya, setiap keluarga yang layak akan menerima rebat S&CC antara 1.5 hingga 3.5 bulan, bergantung kepada jenis flat HDB mereka.

Rebat itu akan diagihkan setiap tiga bulan, mulai bulan April.

Keluarga-keluarga yang layak akan menerima surat pemberitahuan mulai hujung Mac ini dengan lebih banyak butiran didedahkan tentang rebat tersebut.

Rebat itu diagihkan oleh Pemerintah setiap tahun sejak 2013 dan digunakan untuk mengimbangi secara langsung bayaran bagi yuran S&CC.

Bagi keluarga-keluarga yang membayar S&CC menerusi GIRO, majlis-majlis bandaran akan membuat aturan dengan bank masing-masing.

Dalam ucapan Belanjawannya pada Februari, Menteri Kewangan Heng Swee Keat mengumumkan Pakej Bantuan Keluarga bernilai S$1.6 bilion bagi membantu keluarga-keluarga menampung perbelanjaan mereka di tengah-tengah keadaan yang tidak menentu ini, dengan ekonomi gawat dek penularan COVID-19 yang sedang berlaku.

Langkah-langkah lain termasuk bayaran tunai sekali saja Bayaran Khas Baucar GST – U-Save dan bantuan bagi menampung perbelanjaan pengangkutan.

Sumber : CNA/AY/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan