Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

91 diberkas susuli operasi berbilang agensi di Geylang

Polis hari ini (11 Jun) menyatakan bahawa 91 individu diberkas berhubung pelbagai kesalahan menyusuli operasi berbilang agensi yang dilancarkan di Geylang selama enam hari.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Jun 2018 04:11PM Dikemas Kini : 12 Jun 2018 01:43AM

SINGAPURA: Polis hari ini (11 Jun) menyatakan bahawa 91 individu diberkas berhubung pelbagai kesalahan menyusuli operasi berbilang agensi yang dilancarkan di Geylang selama enam hari.

Operasi bersama yang berakhir pada malam 8 Jun itu diterajui oleh Divisyen Polis Bedok dan para pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (CID), Biro Narkotik Pusat (CNB), Penguasa Sains Kesihatan (HSA), Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Kastam Singapura.

Rokok yang tidak dibayar cukai, ubat batuk dan ubat terlarang dirampas dalam operasi itu. Nilai barangan yang dirampas secara keseluruhannya dianggarkan S$4,500.

Enam lelaki, yang berusia antara 42 dengan 58 tahun, ditangkap kerana disyaki terbabit dalam kesalahan yang ada kaitan dengan dadah, manakala dua lagi lelaki yang berusia antara 31 dengan 32 tahun, ditangkap kerana menjual dan memiliki rokok yang tidak dibayar cukai.

Siasatan terhadap kesemua kes sedang dijalankan.  

Sumber : CNA/SM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan