Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

900 murid, kakitangan di 7 prasekolah PPIS mula laksana langkah cegah virus Wuhan

Lebih 900 murid dan kakitangan di tujuh prasekolah kendalian Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), mula melaksanakan langkah-langkah pencegahan jangkitan virus Wuhan, apabila prasekolah dibuka semula hari ini (28 Jan) selepas ditutup bagi hujung minggu panjang Tahun Baru Cina.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Lebih 900 murid dan kakitangan di tujuh prasekolah kendalian Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), mula melaksanakan langkah-langkah pencegahan jangkitan virus Wuhan, apabila prasekolah dibuka semula hari ini (28 Jan) selepas ditutup bagi hujung minggu panjang Tahun Baru Cina.

Kini, di tengah-tengah penularan wabak virus korona Wuhan, pemantauan suhu badan tiga kali sehari untuk mengesan demam dan penyakit selesema menjadi semakin genting lagi, agar anak-anak yang sakit boleh cepat diasingkan.

(Gambar: BERITAmediacorp)

Sebelum kelas bermula, murid-murid juga perlu membersihkan tangan mereka dengan 'sanitizer' atau cecair nyah kuman demi memastikan kebersihan mereka.
Mereka juga dididik untuk menggunakan pelitup dan mengapa ia penting digunakan jika mereka sakit.

Semua kaedah kini dilaksanakan oleh sekitar 800 murid serta 120 guru dan kakitangan di tujuh prasekolah PPIS, berdasarkan nasihat dari Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA).

"Ini termasuk mempertingkatkan pengamalan kebersihan diri di tajaka kami. Kami juga menyediakan secukup pelitup, cecair nyah kuman, tuala kertas dan juga sabun.

(Gambar: BERITAmediacorp)

"Kami memastikan setiap murid dan staf kami memeriksa dan memantau suhu badan mereka, sebelum dan setelah kegiatan harian," kongsi Penolong Ketua Operasi Pembangunan Prasekolah PPIS, Cik Zulaihabe Talip semasa BERITAmediacorp mengunjungi cawangan Pusat Pembangunan Kanak-Kanak PPIS cawangan Jurong West Street 91.

KONGSI RANCANGAN PERJALANAN KE LUAR NEGARA

Langkah berjaga-jaga tambahan yang kini juga diambil kira termasuklah mahukan ibu bapa dan kakitangan berkongsi rancangan perjalanan mereka ke luar negara.

Ini selain mewajibkan murid atau kakitangan yang pernah ke China, supaya tidak datang ke sekolah selama 14 hari demi membendung sebarang penularan virus korona.

PPIS bagaimanapun mengesahkan kepada BERITAmediacorp bahawa tiada seorang pun daripada pelajar dan kakitangannya membuat kunjungan ke China baru-baru ini.

Pihak berkuasa semalam menyatakan sekitar 1,000 murid dan guru prasekolah sudah diarahkan mengambil cuti 14 hari kerana baru pulang dari China baru-baru ini.

"PPIS akan terus memantau keadaan virus ini dengan teliti dan kami akan mengongsi maklumat yang terkini melalui app LittleLives kami dan juga buku komunikasi kami," kata Cik Zulaihabe.

DESMOND LEE TURUT TINJAU LANGKAH KESELAMATAN

Hari ini, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), Desmond Lee turut berkunjung ke sebuah cawangan prasekolah My First Skool untuk meninjau langkah-langkah keselamatan yang diambilnya.

Beliau memberi jaminan bahawa langkah-langkah yang diambil pemerintah cukup lasak buat masa ini.

"Keadaan kini agak berubah-ubah dan pemerintah sedang meneroka maklumat dan bukti-bukti yang ada dan meninjau garis panduan antarabangsa. Kita mungkin mengambil langkah lanjut jika keadaan berubah lagi," kata Encik Lee.

(Gambar: BERITAmediacorp)

Sementara itu, prasekolah seperti My First Skool ini terus enggan berserah kepada nasib dan memastikan mainan-mainan yang dikongsi serta perabut-perabutnya lebih kerap dibersihkan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan