Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

900 keluarga di Boon Lay, Bukit Gombak terima pek makanan bernilai $34,000

Kira-kira 900 keluarga di kawasan Boon Lay dan Bukit Gombak menerima pek-pek makanan beku bernilai lebih S$34,000.

Anggaran Waktu Membaca:
900 keluarga di Boon Lay, Bukit Gombak terima pek makanan bernilai $34,000

(Gambar: Facebook/South West CDC)

Diterbitkan : 15 Aug 2020 08:30PM Dikemas Kini : 15 Aug 2020 08:46PM

SINGAPURA: Kira-kira 900 keluarga di kawasan Boon Lay dan Bukit Gombak menerima pek-pek makanan beku bernilai lebih S$34,000.

Ia merupakan sebahagian daripada program Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Barat Daya untuk membantu keluarga yang memerlukan serta warga tua yang tinggal di flat-flat sewa hingga ke flat tiga bilik.
Datuk Bandar CDC Barat Daya Low Yen Ling menyertai para sukarelawan dalam mengagih-agihkan pek-pek makanan itu siang tadi (15 Ogos).

Pek-pek makanan itu mengandungi barangan beku seperti ladu sayur dan pes udang.

Setiap pek boleh menampung keperluan tiga hari untuk sebuah keluarga empat anggota.

Ia juga mudah digunakan serta menjimatkan kos. 

Sumber : CNA/HK/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan