Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

900,000 keluarga dapat rebat baucar GST bulan ini

Sekitar 900,000 keluarga rakyat Singapura yang menetap di flat HDB akan menerima agihan Baucar GST seterusnya - rebat Utilities-Save (U-Save) pada bulan ini. Demikian menurut Kementerian Kewangan hari ini (2 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Jul 2018 11:02AM Dikemas Kini : 02 Jul 2018 09:16PM

SINGAPURA: Sekitar 900,000 keluarga rakyat Singapura yang menetap di flat HDB akan menerima agihan Baucar GST seterusnya - rebat Utilities-Save (U-Save) pada bulan ini. Demikian menurut Kementerian Kewangan hari ini (2 Jul).

Rebat tersebut, yang merupakan sebahagian daripada skim tetap Baucar GST, diagihkan setiap tiga bulan. Ia membantu keluarga yang menetap di flat HDB untuk menampung sebahagian kos bil api air dan membantu mengurangkan perbelanjaan keluarga secara keseluruhannya. Rebat U-Save dijangka bernilai S$280 juta bagi tempoh empat suku bermula Julai 2018.

Pada Julai, keluarga yang layak akan menerima Baucar GST - U-Save bernilai sehingga S$95, bergantung kepada jenis flat HDB mereka.

Seperti diumumkan dalam Belanjawan 2018, keluarga yang layak akan menerima tambahan S$20 setiap tahun (S$5 setiap suku) selama tiga tahun, dari 2019 hingga 2021.

"Kenaikan U-Save akan menampung purata kenaikan perbelanjaan bil api air para penduduk HDB yang dijangka meningkat selepas cukai karbon diperkenalkan," menurut MOF dalam kenyataannya.

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan