Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

90% rakyat S’pura prihatin terhadap peningkatan kos rawatan gigi

Hampir sembilan daripada setiap 10 orang di Singapura bimbang tentang kos jagaan gigi yang semakin meningkat. Ini berdasarkan hasil tinjauan yang ditauliahkan oleh sebuah jawatankuasa yang dilantik oleh Persatuan Pergigian Singapura (SDA).

Anggaran Waktu Membaca:
90% rakyat S’pura prihatin terhadap peningkatan kos rawatan gigi

(Gambar: Philippe Huguen/AFP)

Diterbitkan : 12 Sep 2019 09:23AM Dikemas Kini : 12 Sep 2019 09:29AM

SINGAPURA: Hampir sembilan daripada setiap 10 orang di Singapura bimbang tentang kos jagaan gigi yang semakin meningkat. Ini berdasarkan hasil tinjauan yang ditauliahkan oleh sebuah jawatankuasa yang dilantik oleh Persatuan Pergigian Singapura (SDA).

Malah, sepertiga daripada jumlah responden akan cuba mendapatkan rawatan pergigian alternatif di Johor Bahru atau Bangkok serta institusi-institusi kesihatan awam di sini, meskipun prihatin tentang masa menunggu yang lama.

Tinjauan itu ditauliahkan oleh jawatankuasa tetap SDA dan hasilnya diterbitkan pada Rabu (11 Sep). Ia melibatkan pandangan seramai 1,438 responden yang berusia antara 25 hingga 60 tahun, dengan sebahagian besar daripada mereka adalah rakyat Singapura. Tinjauan itu dijalankan pada Ogos lalu.

SDA adalah badan pakar bagi para doktor gigi.

Dalam kenyataan medianya berhubung hasil tinjauan itu, SDA menyatakan bahawa selain memahami keprihatinan orang ramai mengenai kos pergigian, ia juga mahu "mengukur keyakinan awam" terhadap para doktor gigi di negara ini berhubung tahap keselamatan dan prestasi mereka.

SDA menyuarakan keprihatinan terhadap satu siri laporan media mengenai para doktor gigi yang didakwa sama ada di mahkamah ataupun oleh Majlis Pergigian Singapura (SDC), yang mungkin membawa kepada "tanggapan negatif terhadap bidang kepakaran tersebut".

Kenyataan itu bagaimanapun menarik perhatian bahawa tiada responden yang memfailkan aduan terhadap para doktor gigi mereka. Malah, para responden berpendapat bahawa para doktor gigi masing-masing "dapat melaksanakan tugas mereka dengan cekap".

Pengerusi jawatankuasa tetap SDA, Dr Tang Kok Weng, berkata jawatankuasa itu mengongsi keprihatinan orang awam mengenai yuran rawatan pergigian yang kian meningkat.

KOS MUNGKIN MENINGKAT JIKA PERATURAN BARU DIKUATKUASAKAN

Pada bulan Mei, Mediacorp melaporkan bahawa sesetengah doktor gigi tidak bersetuju dengan peraturan yang disarankan agar para doktor gigi biasa menjalani lebih banyak latihan untuk melakukan prosedur-prosedur seperti mencabut gigi bongsu dan memasang implan.

Sesetengah doktor gigi percaya sekiranya ia dilaksanakan, peraturan itu akan membataskan mereka daripada melakukan prosedur-prosedur yang sudah dilakukan mereka sejak berpuluh-puluh tahun lalu dan menyebabkan para pesakit menanggung kos rawatan lebih tinggi kerana terpaksa berjumpa doktor gigi spesialis.

Mediacorp difahamkan bahawa jawatankuasa tetap SDA berharap agar para penggubal undang-undang akan mengambil kira pandangan awam mengenai kos rawatan gigi sebelum melakukan sebarang perubahan dasar.

Seorang doktor gigi biasa, yang hanya ingin dikenali sebagai Dr Ng, pula berkata bahawa kos rawatan gigi di Singapura tidak boleh dibandingkan dengan kos rawatan di Malaysia atau Thailand.

Menurut beliau, yuran bagi rawatan gigi privet di hospital-hospital pemerintah setanding dengan kos rawatan di klinik-klinik privet yang terletak di kawasan kejiranan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).

INILAH KOS PROSEDUR RUTIN DI S'PURA...

Pemeriksaan gigi: Menurut tinjauan oleh Mediacorp di pelbagai poliklinik, kos rawatan bagi rakyat Singapura adalah antara S$16 hingga S$27. Kos bagi pemeriksaan serupa di sebuah klinik privet adalah antara S$20 hingga S$30.

Kos membersihkan gigi: Poliklinik-poliklinik menetapkan yuran berasingan bagi proses 'scaling' iaitu antara S$17 hingga S$29 dan antara S$17 hingga S$35 bagi 'polishing'. Kos bagi kedua-dua prosedur di klinik privet pula adalah antara S$80 hingga S$130.

Proses mencabut gigi bongsu: Khidmat ini tidak ditawarkan di mana-mana poliklinik. Para pesakit sebaliknya akan dirujuk ke Pusat Pergigian Kebangsaan Singapura (NDC), yang menetapkan yuran antara S$300 hingga S$1,500 selepas subsidi. Kos rawatan di klinik-klinik privet biasannya adalah antara S$400 hingga S$2,140 selepas subsidi.  

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan