Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

90,000 kamera di merata S'pura bantu polis bertindak balas lebih pantas

Kini terdapat lebih 90,000 kamera pemantauan digital di lapangan untuk membantu pihak polis bertindak balas dengan lebih pantas.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Jan 2021 06:01PM Dikemas Kini : 24 Jan 2021 08:51PM

SINGAPURA: Kini terdapat lebih 90,000 kamera pemantauan digital di lapangan untuk membantu pihak polis bertindak balas dengan lebih pantas.

Ia juga memastikan panggilan kecemasan 999 dapat diberikan tindakan secara berkesan.

Antara ciri-ciri penting yang perlu ditangani para pegawai di Pusat Kawalan Operasi Polis (POCC), setiap hari ialah menjawab panggilan 999 dalam masa 10 saat, kekal bertenang dan memahami maklumat yang diberikan.

Secara purata, pihak polis menerima sekitar 1.2 juta panggilan kecemasan setiap tahun atau 3,500 panggilan setiap hari.

Bagaimanapun, 70 peratus daripadanya adalah panggilan palsu.

Namun, pihak polis harus membuat pertimbangan untuk membuat keputusan dengan pantas dan cekap.

Untuk membantu proses tersebut, kamera-kamera polis akan digunakan untuk memahami sesuatu situasi itu.

Selepas keadaan lebih jelas, POCC akan mengarahkan para pegawai di lapangan tentang apa yang harus dijangkakan, langkah-langkah yang harus diambil, sebelum mereka sendiri tiba di tempat kejadian.

Kini terdapat 90,000 kamera di merata Singapura, iaitu peningkatan 20 peratus berbanding dua tahun lalu.

Untuk memastikan khidmat kecemasan masih tersedia di kawasan terpencil, peranti kendiri baru itu sedang diuji di laluan penghubung taman Punggol dan Sengkang.  

Sumber : CNA/NZ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan