Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

9 suspek ditahan, jual 400 liter minyak gas marin secara haram

Sembilan lelaki diberkas kerana disyaki terlibat dalam penjualan haram 400 liter minyak gas marin, menurut polis semalam (18 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
9 suspek ditahan, jual 400 liter minyak gas marin secara haram

Kapal kawalan polis pantai membuat rondaan di luar pesisir Singapura. (Gambar fail: Reuters/Vivek Prakash)

Diterbitkan : 19 Jun 2018 08:28AM Dikemas Kini : 19 Jun 2018 08:29AM

SINGAPURA: Sembilan lelaki diberkas kerana disyaki terlibat dalam penjualan haram 400 liter minyak gas marin, menurut polis semalam (18 Jun).

Para suspek, yang berusia antara 21 hingga 56 tahun, diberkas Polis Pengawal Pantai.

Siasatan awal mendedahkan, empat daripadanya merupakan anak kapal sebuah kapal yang berdaftar di Singapura. Mereka dipercayai menggelapkan 400 liter minyak gas marin tanpa pengetahuan syarikat.

Mereka dituduh menjual minyak gas marin itu kepada lima anak kapal sebuah kapal tunda yang berdaftar di luar negara. Kapal tunda berkenaan turut dirampas bagi siasatan lanjut.

Penangkapan itu dilakukan selepas Polis Pengawal Pantai menerima maklumat pada Isnin tentang penjualan haram di kawasan pelabuhan Selat Puah.

Kesemua suspek akan dihadapkan ke mahkamah hari ini (19 Jun). Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan didenda. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan