Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

9 hospital S'pura disahkan mesra bayi jelang 2020

Kesemua sembilan hospital bersalin di Singapura akan mendapat pengesahan hospital mesra bayi menjelang 2020.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Jan 2019 08:02PM Dikemas Kini : 11 Jan 2019 11:56PM

SINGAPURA: Kesemua sembilan hospital bersalin di Singapura akan mendapat pengesahan hospital mesra bayi menjelang 2020.

Daya usaha itu bertujuan untuk menggalak dan menyokong penyusuan ibu.

Menteri Negara Kanan Kesihatan, Dr Amy Khor, berkata demikian di Persidangan mengenai Kencing Manis semasa Kehamilan Asia Pasifik.

Buat masa ini, hospital-hospital di bawah Kumpulan Parkway Pantai dan Hospital Raffles sedang dalam usaha untuk menjadi mesra bayi.

Hospital-hospital privet seperti Pusat Perubatan Thomson juga komited untuk menjadi mesra bayi.

Inisiatif sejagat ini merupakan kerjasama antara Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Dana Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

Inisiatif Hospital Mesra Bayi itu memerlukan hospital-hospital untuk menunjukkan wanita yang baru menjadi ibu bagaimana untuk menyusukan dan mengeluarkan susu, antara kriteria lain.

Sebagai menyokong usaha penyusuan, Dr Khor juga berkongsi bahawa Kod Etika mengenai Penjualan Makanan Bayi sudahpun diluaskan bagi meliputi produk susu bayi bagi mereka yang berusia antara 0 hingga 12 bulan, termasuk batasan pengiklanan.

Sebelum ini, Kod itu hanya meliputi semua produk susu bayi bagi mereka yang berusia antara 0 hingga 6 bulan sahaja.  

Sumber : CNA/NU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan