9 didakwa bagi kesalahan di bawah Akta baru rumah urut
Sembilan orang didakwa di mahkamah hari ini atas kesalahan di bawah Akta baru berhubung Rumah Urut (MEA).
SINGAPURA: Sembilan orang didakwa di mahkamah hari ini atas kesalahan di bawah Akta baru berhubung Rumah Urut (MEA).
Kes-kes tersebut terbongkar semasa operasi dua minggu di seluruh negara yang dijalankan oleh Polis pada Mac lalu.
Tujuh orang tertuduh dipercayai mengendalikan rumah-rumah urut tanpa lesen yang sah. Dua lagi dipercayai melakukan kesalahan-kesalahan berkaitan maksiat.
Undang-undang di bawah MEA sudahpun diperketat tahun lalu untuk mengenakan hukuman lebih berat ke atas rumah-rumah urut tanpa lesen.
Di bawah akta tersebut, pesalah kali pertama boleh didenda sehingga $10,000, iaitu 10 kali lebih tinggi berbanding sebelumnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.