Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

9 anggota lembaga DPPMS dipilih semula bagi penggal 2021/2023

Sembilan anggota lembaga pengarah Dewan Perniagaan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) dipilih semula dalam pemilihan pucuk pimpinan yang berlangsung pada Khamis (3 Jun). 

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sembilan anggota lembaga pengarah Dewan Perniagaan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) dipilih semula dalam pemilihan pucuk pimpinan yang berlangsung pada Khamis (3 Jun).

Encik Farid Khan dan Encik Abu Bakar Mohd Nor kekal sebagai Presiden dan Timbalan Presiden DPPMS buat penggal kedua berturut-turut.

Pengumuman itu dibuat semasa mesyuarat agung tahunan (AGM) yang ke-62 pertubuhan Melayu itu. Kepimpinan baru DPPMS itu berkuat kuasa dari Khamis (3 Jun) sehingga 2023.

EMPAT MUKA BARU DALAM LEMBAGA PENGARAH

(Gambar: SMCCI/Facebook)

(Gambar: SMCCI/Facebook)

Secara keseluruhan, enam jawatan tertinggi DPPMS bagi penggal 2021/2023 tidak berubah berbanding penggal yang lepas, kecuali bagi jawatan Naib Presiden, di mana Encik Azhar Othman, Pengarah Eksekutif Enercon Asia menggantikan Encik Akbar Kader.

Barisan anggota Lembaga Pengarah biasa DPPMS. (Gambar: DPPMS/Facebook)

(Gambar: SMCCI/Facebook)

Daripada enam anggota Lembaga Pengarah biasa, hanya tiga merupakan muka baru iaitu Iman Yusoff, S Jafaar Ghany dan Maslina Mohamed.

13 DARIPADA 14 JAWATAN DIPERTANDINGKAN DIISI

Berikut adalah senarai penuh jawatan-jawatan dalam Lembaga Pengarah DPPMS:

1. Presiden - Encik Farid Khan, Maxsurv Pte Ltd

2. Timbalan Presiden - Encik Abu Bakar Mohd Nor, Forward Vision Pte Ltd

3. Naib-naib Presiden - Cik Fadilah A Majid, SpaJelita Pte Ltd dan Encik Azhar Othman, Enercon Asia Pte Ltd

4. Setiausaha Kehormat - Encik Fazli Mansor, ISGN Ventures Pte Ltd

5. Penolong Setiausaha Kehormat - Encik Abdul Kadir, OS Bagus Foodstuff

6. Bendahari Kehormat - Encik Akber Ali, AAA Assurance PAC

7. Penolong Bendahari Kehormat - Belum diisi

8. Lembaga Pengarah

- Encik Ali Abbas, Singapore Hospitality Pte Ltd
- Encik Hasan Abdul Rahman, Pondok Abang
- Encik Mohamed Nor Ismail, Amani Services Pte Ltd
- Iman Yusoff, IndoBox Pte Ltd
- S Jafaar Ghany, Unipro Group of Companies
- Maslina Mohamed, STIE Pte Ltd

GOLONGAN PELAPIS BAGI DPPMS

Menyentuh tentang senarai anggota lembaga Pengarah DPPMS yang baru, Encik Farid Khan memuji kepelbagaian yang ada dalam kepimpinan baru itu sebagai "bagus".

"Ada orang macam saya, veteran. Ada juga yang muda-muda akan mengambil alih nanti masa depan jadi kita seperti saya dan Timbalan Presiden dengan pasukan saya kita akan bekerja keras supaya asas yang ada kita kuatkan sekarang," kata Encik Farid.

"Kita pun berterima kasihlah yang dari lembaga pengarah dulu, mana yang mereka lakukan, kita hanya menguatkan apa yang telah dilakukan. Untuk masa depan kita dah bersedia dengan anak-anak muda untuk membawa SMCCI ke taraf lebih tinggi nanti."

Encik Farid juga berkata bahawa DPPMS akan terus berjuang untuk membantu mempertingkatkan para anggotanya.

"Kita mesti tetap akan bantu para anggota kita, bagaimana untuk memajukan perniagaan, bagaimana nak keluar negeri sebelum sempadan dibuka dan kita akan lihat lagi bagaimana SMCCI boleh bantu orang-orang yang pertama kali nak berniaga," kata beliau.  

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan