Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

84% pekerja rakyat S'pura lebih percaya robot berbanding pengurus mereka: Kajian

Para pekerja semakin lebih mempercayai robot berbanding pengurus mereka sedang jumlah firma yang menggunakan teknologi canggih seperti Kecerdasan Buatan (AI) meningkat, menurut satu kajian.

Anggaran Waktu Membaca:
84% pekerja rakyat S'pura lebih percaya robot berbanding pengurus mereka: Kajian

(Gambar hiasan: Raymond Limantara/TODAY)

Diterbitkan : 16 Oct 2019 10:53PM Dikemas Kini : 16 Oct 2019 10:57PM

SINGAPURA: Para pekerja semakin lebih mempercayai robot berbanding pengurus mereka sedang jumlah firma yang menggunakan teknologi canggih seperti Kecerdasan Buatan (AI) meningkat, menurut satu kajian.

Kajian yang dilaksanakan oleh firma teknologi Oracle dan firma sumber manusia (HR) Future Workplace mendapati bahawa 84 peratus pekerja di Singapura lebih mempercayai robot berbanding pengurus mereka.

Bagaimanapun, mereka masih berpendapat bahawa pengurus mereka lebih baik berbanding robot bagi beberapa perkara, seperti memahami perasaan mereka, membimbing mereka dan mewujudkan satu budaya pekerjaan.

Edisi kedua bagi kajian tahunan "AI at Work", diterbitkan pada Rabu (16 Okt), meninjau seramai 8,370 pekerja, pengurus dan pemimpin HR di 10 negara, termasuk 260 responden dari Singapura.

PARA PEKERJA LEBIH PERCAYA ROBOT BERBANDING PENGURUS MEREKA

Kajian itu mendapati bahawa peningkatan AI di tempat kerja meninggalkan kesan yang besar terhadap hubungan antara pekerja dengan pengurus mereka, dan sedang mengubah peranan-peranan tradisional yang dimainkan oleh para pegawai HR dan pengurus:

- 84% responden Singapura berkata bahawa mereka akan lebih mempercayai robot daripada pengurus mereka, di belakang India (90%) dan China (88%)

- 47% berkata bahawa robot lebih baik dalam memberikan maklumat tidak berpihak

- 42% berkata bahawa robot lebih baik dalam mengendalikan jadual kerja

- 34% berkata bahawa robot lebih baik dalam menyelesaikan masalah

- 30% berkata robot adalah sumber yang lebih baik untuk bertanyakan soalan tanpa diteliti

Apabila ditanya perkara-perkara yang dilakukan para pengurus dengan lebih baik berbanding robot, rakyat Singapura berkata bahawa tiga tugas terbaik yang dilakukan para pengurus adalah:

Memahami perasaan mereka : 29%

Membimbing mereka: 38%

Mencipta budaya kerja: 36%

Ketua pengurusan Oracle bagi Asia Pacific, Encik Shaakun Khanna, memberitahu Mediacorp bahawa hasil kajian itu adalah "amaran besar" bagi para pengurus.

Encik Khanna berkata bahawa para pengurus juga boleh kekal relevan di tempat kerja dengan menggunakan data untuk membantu mereka dalam membuat keputusan atau menawarkan bimbingan dan nasihat.

Mereka juga boleh membangunkan gaya pengurusan yang dipacu oleh data dan meritokrasi, katanya. 

Sumber : Today/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan