Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

832 kes baru COVID-19 dalam negeri; All Saints Home di Jurong East antara 2 kelompok baru

Singapura melaporkan 832 kes tempatan baru COVID-19 setakat 12.00 tengah hari Selasa (14 Sep), yang terdiri daripada 755 kes dalam masyarakat dan 77 penghuni dormitori. Dalam kalangan kes tempatan itu, 231 adalah warga emas yang berusia 60 tahun ke atas, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Anggaran Waktu Membaca:
832 kes baru COVID-19 dalam negeri; All Saints Home di Jurong East antara 2 kelompok baru

(Gambar: Laman web All Saints Home)

Diterbitkan : 15 Sep 2021 12:50AM Dikemas Kini : 15 Sep 2021 12:53AM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 832 kes tempatan baru COVID-19 setakat 12.00 tengah hari Selasa (14 Sep), yang terdiri daripada 755 kes dalam masyarakat dan 77 penghuni dormitori.

Dalam kalangan kes tempatan itu, 231 adalah warga emas yang berusia 60 tahun ke atas, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Dua kelompok besar turut dikesan hari ini di All Saints Home di Jurong East dan juga dormitori pekerja hijrahan yang terletak di 11 Tuas Avenue 10.

Kelompok rumah jagaan itu, yang melaporkan 10 kes, tercetus angkara penularan dalam kalangan kakitangan dan penghuni rumah jagaan tersebut.

"Daripada 10 kes tersebut, sembilan adalah penghuni dan seorang lagi adalah kakitangan rumah jagaan itu. Kesemua kakitangan di tingkat yang terjejas sudah diuji," menurut MOH.

Kelompok dormitori pula mempunyai sebanyak 21 kes.

Menurut MOH, terdapat penularan dalam kalangan penghuni dormitori berkenaan dan 19 kes baru sudahpun dikuarantin sebelumn itu.

Kes-kes itu dikesan melalui "ujian proaktif" dan semua penghuni juga akan diuji, tambah MOH.

Terdapat juga lima kes import yang dilaporkan pada Selasa, menjadikan jumlah jangkitan yang dilaporkan di Singapura sebanyak 837 kes.

Tiga kes import dikesan sebaik tiba di Singapura, dengan dua daripadanya terjangkit semasa menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau tempoh pengasingan.

JUMLAH JANGKITAN KELOMPOK LAIN TERUS MENINGKAT

Sebanyak 14 kelompok aktif kini sedang dipantau, menurut MOH.

Kelompok yang dikaitkan dengan rumah jagaan Ren Ci di Bukit Batok kini bertambah menjadi 29 kes, dengan satu kes baru dilaporkan pada Selasa.

Satu lagi kelompok di Dormitori Avery Lodge kini mempunyai 82 jangkitan kesemuanya setelah menambah lagi 16 kes.

Lagi 12 kes terkait dengan kelompok Pusat Rantaian Bekalan Serantau DHL, menjadikan jumlahnya kini 58.

Sebanyak 15 kes baru dikaitkan dengan kelompok Chinatown Complex, menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 126 kes.

Lagi 11 kes ditambah kepada kelompok tapak binaan di 30 Sunview Way, yang kini mempunyai 170 kes jangkitan.

(Sumber: MOH)

(Sumber: MOH)

RAWATAN DI HOSPITAL

Terdapat 809 pesakit yang sedang dirawat di hospital, yang kebanyakannya dalam keadaan sihat dan sedang dipantau, menurut MOH.

Daripada jumlah tersebut, 75 kes penyakit serius memerlukan bantuan oksigen - naik dua kali ganda berbanding seminggu yang lalu - dan sembilan dalam keadaan tenat di unit jagaan rapi (ICU).

Sebanyak 66 daripada mereka yang sakit teruk adalah warga emas yang berusia 60 tahun ke atas.

Sepanjang 28 hari yang lalu, peratusan kes tempatan yang tidak bergejala atau mengalami gejala ringan adalah 98.1 peratus.

Daripada 114 kes yang memerlukan bantuan oksigen, 56 tidak divaksin sepenuhnya dan 58 sudah lengkap divaksin.

Lima daripada lapan kes di ICU belum divaksin sepenuhnya. Tiada seorang pun daripada keempat-empat kes kematian sudah lengkap divaksin.

KEMAS KINI VAKSINASI

Setakat Isnin, 81 peratus penduduk Singapura sudah melengkapi rejimen vaksinasi negara atau menerima dua dos vaksin COVID-19, sementara 84 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Lebih 8.87 juta dos vaksin sudah diberikan di bawah program vaksinasi negara, meliputi sekitar 4.56 juta penduduk, dengan sekitar 4.42 juta sudah lengkap divaksin.

Sebanyak 178,337 dos vaksin lain yang diiktiraf dalam senarai kegunaan darurat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah diberikan, merangkumi 86,659 penduduk.

Setakat sehingga Selasa, Singapura melaporkan sejumlah 73,131 kes jangkitan COVID-19 dan 58 kematian akibat jangkitan koronavirus. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan