Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

81 kes baru COVID-19 dilaporkan di S'pura, termasuk 10 dari kapal yang tiba 8 Ogos

Singapura melaporkan 81 kes baru COVID-19 setakat tengah hari Sabtu (15 Ogos), termasuk 10 dari kapal yang tiba di Singapura pada 8 Ogos.

Anggaran Waktu Membaca:
81 kes baru COVID-19 dilaporkan di S'pura, termasuk 10 dari kapal yang tiba 8 Ogos

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 15 Aug 2020 05:12PM Dikemas Kini : 15 Aug 2020 05:20PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 81 kes baru COVID-19 setakat tengah hari Sabtu (15 Ogos), termasuk 10 dari kapal yang tiba di Singapura pada 8 Ogos.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 di Singapura kepada 55,661, dengan jumlah kematian kekal sebanyak 27.

Secara keseluruhan, terdapat 16 kes import hari ini, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

10 anak kapal yang tiba di Singapura tidak turun dari kapal sebelum mereka dibawa ke hospital, menurut MOH.

Baki kes import yang lain diberikan notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura.

MOH juga melaporkan tiga kes dalam masyarakat pada Sabtu. Dua melibatkan rakyat Singapura atau penduduk tetap dan seorang pemegang pas kerja.

Kebanyakan kes baru yang dilaporkan adalah pemegang permit kerja yang kini dikuarantin.

Menurut MOH, butiran lanjut akan diberikan pada malam nanti.

Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung berkata pada Jumaat bahawa Singapura mungkin harus menimbangkan langkah menggantikan tempoh pengasingan selama dua minggu bagi pelawat yang tiba di negara ini dengan " ujian lebih ketat", sebagai sebahagian daripada usaha "memulihkan" hab penerbangan di negara ini.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan