Images
  • 800 super

800 Super buka rasmi kemudahan bersepadu jana kuasa, rawat sisa bernilai S$130 juta

SINGAPURA: Syarikat pengurusan sisa 800 Super hari ini (2 Dis) membuka rasmi loji jana kuasa dan rawatan sisa baru bernilai lebih S$130 juta. Ia beroperasi dengan menggunakan tenaga boleh diperbaharui.

Kemudahan terbaru di Tuas itu seluas 21,000 meter persegi atau saiz tiga padang bola sepak.

Ia menempatkan loji jana kuasa biojisim 800 Super yang menggunakan sisa hortikultur untuk menghasilkan kuasa elektrik.

Sebahagian kuasa elektrik disalurkan ke loji rawatan yang merawat lumpur dari loji pemulihgunaan air Singapura.

Proses tersebut melibatkan penghasilan wap yang selanjutnya digunakan untuk mencuci, menggosok dan mensteril cucian pernigaan dobi syarikat itu.

Wap yang dihasilkan juga akan digunakan untuk kilang memproses makanan haiwan syarikat tersebut, yang dibuka tahun depan, dan membersihkan tangki-tangki pihak ketiga.
 

- CNA/AQ/fz

Top