Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

80% rakyat S'pura puas hati dengan hubungan antara kaum, agama: Tinjauan MCCY

Majoriti rakyat Singapura puas hati dengan hubungan antara kaum dan agama. Mereka juga berasa ada peluang mencukupi untuk berinkteraksi dengan orang-orang dari latar belakang dan kepercayaan yang berbeza.

Anggaran Waktu Membaca:
80% rakyat S'pura puas hati dengan hubungan antara kaum, agama: Tinjauan MCCY

Kanak-kanak semasa sambutan Hari Keharmonian Kaum. (Gambar fail: MOE)

Diterbitkan : 25 Jan 2019 05:32PM Dikemas Kini : 25 Jan 2019 05:34PM

SINGAPURA: Majoriti rakyat Singapura puas hati dengan hubungan antara kaum dan agama. Mereka juga berasa ada peluang mencukupi untuk berinkteraksi dengan orang-orang dari latar belakang dan kepercayaan yang berbeza.

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Grace Fu berkongsi dapatan itu pada Selasa (22 Jan) dalam satu sidang media mengenai pencapaian kementeriannya pada tahun lalu.

Sekitar 6,000 rakyat Singapura ditinjau. Sebanyak 80 peratus mengatakan mereka puas hati dengan hubungan antara kaum dan agama.

Dua pertiga pula akur terdapat peluang mencukupi untuk berinteraksi.

Tinjauan Nadi Sosial yang diselenggarakan oleh MCCY itu dijalankan setiap tahun sejak 2016. Sebanyak 500 temu bual langsung dijalankan dengan para penduduk berusia 15 tahun ke atas yang dipilih secara rambang.

Di sidang media itu, Cik Fu memberi perincian mengenai usaha kementeriannya untuk membina masyarakat bersatu padu.

Pada tahun lalu, lebih 5,700 rakyat Singapura menyertai program-program meluaskan interaksi agama dan sosial menerusi dialog dan pendidikan am atau BRIDGE.

Cik Fu juga menegaskan perlunya lebih ramai rakyat Singapura menyokong pencalonan budaya pusat penjaja Singapura ke dalam senarai warisan budaya UNESCO.

Sejauh ini, lebih 225,000 ikrar diterima. Keputusannya dijangka diketahui menjelang hujung 2020.

Menyentuh mengenai sektor kebajikan pula, Cik Fu berkata pelancaran Kod Amalan Bagi Usaha Mengumpul Dana secara online pada tahun lalu sudah banyak membantu sektor tersebut dalam mengukuhkan keyakinan mengenai ketelusan pengurusan dana kebajikan di sini. 

Sumber : CNA/MM/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan