Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

80 orang diarahkan keluar dari blok HDB Sengkang setelah alat PMD terbakar

Seramai 80 orang dipindahkan dari sebuah blok HDB di Sengkang awal Selasa pagi (10 Mac) setelah sebuah alat mobiliti peribadi (PMD) terbakar ketika dicas.

Anggaran Waktu Membaca:
80 orang diarahkan keluar dari blok HDB Sengkang setelah alat PMD terbakar

(Gambar: Facebook/SCDF)

Diterbitkan : 10 Mar 2020 03:01PM Dikemas Kini : 10 Mar 2020 03:11PM

SINGAPURA: Seramai 80 orang dipindahkan dari sebuah blok HDB di Sengkang awal Selasa pagi (10 Mac) setelah sebuah alat mobiliti peribadi (PMD) terbakar ketika dicas.

Para penduduk blok 111 Rivervale Walk diarahkan pihak polis untuk meninggalkan rumah mereka setelah kebakaran tercetus di sebuah unit di tingkat empat.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pihaknya memberi respons kepada kebakaran itu pada sekitar 5.30 pagi.

Tiga orang terperangkap di dalam flat itu dan para anggota bomba perlu masuk secara paksa menerusi tingkap ruang tamu untuk menyelamatkan mereka.

Para anggota bomba dilengkapi alat pernafasan juga memasuki unit tersebut secara paksa dari pintu utama untuk memadamkan kebakaran, menurut catatan Facebook SCDF.

"Kebakaran yang terhad kepada ruang tamu dipadamkan dengan satu jet air," tambahnya.

Para anggota paramedik menilai keadaan kesihatan tiga penduduk flat itu dan dua jiran mereka. Kesemuanya enggan dibawa ke hospital.

Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca dari sumber elektrik, akibat sebuah PMD tanpa kelulusan UL2272 yang sedang dicas, tambah SCDF lagi.

SCDF menegaskan mereka yang masih memiliki PMD sedemikian "amat digalakkan" untuk membuangnya di tempat pembuangan yang dikhaskan secepat mungkin.

Ini menjelang tarikh akhir pada Julai nanti bagi kesemua PMD untuk mematuhi piawai pensijilan keselamatan UL2272.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan