Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

80,000 pekerja sektor pengangkutan darat mula terima vaksinasi COVID-19

Kakitangan pengangkutan darat Singapura mula menerima vaksin COVID-19 hari ini (25 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Jan 2021 07:08PM Dikemas Kini : 25 Jan 2021 08:47PM

SINGAPURA: Kakitangan pengangkutan darat Singapura mula menerima vaksin COVID-19 hari ini (25 Jan), dengan pekerja pengendali bas dan kereta api menjadi yang pertama diberi suntikan.

Demikian menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu kenyataan media.

Kumpulan pertama seramai 12,0000 pekerja akan menerima suntikan itu di Terminal 4 Lapangan Terbang Changi dan bekas kampus Sekolah Menengah Hong Kah. Program vaksinasi itu akan ditawarkan secara bertahap-tahap kepada sekitar 80,000 pekerja pengangkutan darat dalam beberapa bulan mendatang.

"Ini adalah sebahagian daripada strategi vaksinasi negara untuk melindungi pekerja kita dan memperkukuh daya tahan para petugas khidmat penting kita," menurut LTA.

Para pemandu teksi dan kereta sewa privet juga akan diberikan suntikan vaksin COVID-19 dan ia sudahpun ditawarkan kepada pemandu yang sekarang ini terlibat dalam menyokong operasi notis jangan keluar rumah, menurut LTA.

Ketua Eksekutif LTA, Ng Lang mengiktiraf tugas para pekerja pengangkutan darat sepanjang pandemik COVID-19 dan menggalak mereka supaya mendapatkan suntikan vaksin.

"Para petugas pengangkutan darat kita sudah bekerja keras sejak bermulanya COVID-19 untuk memastikan khidmat pengangkutan penting terus berjalan. Vaksinasi akan membantu melindungi pekerja kita dan keluarga mereka serta memperkukuh daya tahan khidmat-khidmat tersebut," kata beliau.

"Kami amat menggalakkan para pekerja pengangkutan darat supaya tampil mendapatkan suntikan vaksin."

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan