Images
  • Aidiladha Halimah Yacob
    Presiden Halimah Yacob mengagih-agihkan hamper dan baucar kepada para penerima zakat di bawah inisiatif Project GOLD. (Gambar: MUIS)

$80,000 dikumpulkan dalam kerjasama pertama Masjid Al-Mawaddah, CCC Sengkang South

SINGAPURA: Para penerima zakat yang tinggal di kawasan Sengkang dan Punggol boleh memanfaatkan bantuan tambahan bulanan dalam bentuk barangan asas, hasil projek kerjasama perintis antara Masjid Al-Mawaddah dan Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Sengkang South.

Diberi nama Project GOLD (Gift of Love in Diversity), kerjasama itu setakat ini sudah mengumpulkan S$80,000.

60 keluarga penerima zakat di estet-estet tersebut sudah memanfaatkan bantuan tambahan bulanan tersebut sejak ia dimulakan Jun lalu.

Pagi tadi (22 Ogos), 20 penerima bantuan Project GOLD, menerima hamper daripada Presiden Halimah Yacob dan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Encik Masagos Zulkifli sempena sambutan Aidiladha.

Presiden Halimah dan Encik Masagos menunaikan solat Aidiladha bersama sekitar 4,500 jemaah di Masjid Al-Mawaddah di Punggol yang dipimpin MUFTI, Dr Mohamed Fatris Bakaram.

AKAR UMBI, AHLI KORPORAT TAMPIL MEMBANTU

Berkongsi lebih lanjut Project GOLD, pengerusi eksekutif Masjid Al-Mawaddah Sharifuddin Mohamed Ali projek tersebut mendapat sokongan sokongan penderma persendirian dan korporat yang secara keseluruhannya menghulurkan derma sebanyak S$80,000.

Encik Sharifuddin berkata pihak masjid sedang meneliti cara untuk memanfaatkan dana terkumpul dengan cara sebaiknya dalam tempoh satu tahun ini.

Ia juga akan mengkaji hasil projek perintis tersebut sebelum membuat rancangan untuk menyambungnya pada masa hadapan.

Ini menurut beliau, demi memperluaskan lagi jangkauan masjid dalam menghulurkan bantuan.

"Harapan kami adalah untuk membuka peluang mengeratkan lagi jalinan kerjasama bersama pihak-pihak yang berkepentingan, supaya kita dapat sama-sama membantu golongan yang memerlukan dengan lebih menyeluruh lagi," kata Encik Sharifuddin. 

- BERITAmediacorp/TQ/ai

Top