Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

8 wanita diberkas dalam serbuan rumah urut tidak berlesen

Lapan wanita diberkas dalam satu operasi polis ke atas rumah-rumah urut tidak berlesen di South Bridge Road.

Anggaran Waktu Membaca:
8 wanita diberkas dalam serbuan rumah urut tidak berlesen

Lapan wanita diberkas berusia antara 22 hingga 35 tahun. (Gambar: Pasukan Polis Singapura)

Diterbitkan : 18 Jul 2018 07:57AM Dikemas Kini : 18 Jul 2018 08:12AM

SINGAPURA: Lapan wanita diberkas dalam satu operasi polis ke atas rumah-rumah urut tidak berlesen di South Bridge Road.

Para suspek, berusia antara 22 hingga 35 tahun, dipercayai menawarkan khidmat seks di salah satu cawangan tidak berlesen, menurut polis dalam kenyataannya semalam (17 Jul). Mereka diberkas pada Isnin (16 Jul).

Tiga suspek yang diberkas juga didapati tidak mempunyai permit kerja yang diperlukan di bawah Akta Pengambilan Tenaga Kerja Asing.

Jika sabit kesalahan mengendalikan rumah urut tidak berlesen, pesalah kali pertama boleh didenda sehingga S$10,000 dan/atau dipenjara sehingga dua tahun.

Pesalah berulang pula menghadapi denda maksimum sehingga S$20,000 dan/atau dipenjara sehingga lima tahun.

Hukuman-hukuman ini dikenakan di bawah Akta Rumah Urut yang baru diluluskan pada November lalu, yang menetapkan denda sebanyak sembilan kali ganda lebih tinggi dan turut memperkenalkan hukuman penjara atas kesalahan tersebut sebagai langkah pencegahan lebih berkesan.

Polis menyatakan ia juga akan mengambil tindakan ke atas tuan tanah yang secara sedar menyewakan hartanah mereka kepada para pengendali rumah urut tidak berlesen.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan