Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

790 penyewa flat sewa dibantu miliki flat sendiri

HST, yang ditubuhkan pada Disember 2019, memberi tumpuan khusus untuk menyokong keluarga-keluarga yang menginap di flat-flat sewa dalam perjalanan mereka untuk mendapatkan rumah sendiri.

Anggaran Waktu Membaca:
790 penyewa flat sewa dibantu miliki flat sendiri

Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim bertemu para pegawai HST, 4 Mei 2021. (Gambar: Facebook/Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim)

SINGAPURA: Setakat April tahun ini, sebanyak 790 keluarga yang menginap di flat-flat sewa dibantu untuk memiliki flat mereka sendiri oleh Pasukan Sokongan Pemilikan Rumah (HST) Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).

Demikian didedahkan oleh Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim menerusi catatan di Facebooknya semalam (4 Mei), selepas mengadakan lawatan HST.

HST, yang ditubuhkan pada Disember 2019, memberi tumpuan khusus untuk menyokong keluarga-keluarga yang menginap di flat-flat sewa dalam perjalanan mereka untuk mendapatkan rumah sendiri.

Ia memberi panduan kepada keluarga-keluarga yang menetap di flat-flat sewa tentang cara merancang dan menguruskan kewangan dan juga proses membeli flat.

"Saya mengadakan pertemuan dengan pasukan tersebut awal hari ini. Mereka berkongsi bahawa apabila keluarga-keluarga menghubungi mereka, mereka akan mendampingi keluarga-keluarga tersebut untuk mengetahui lebih lanjut tentang aspirasi perumahan dan keperluan mereka serta kesediaan mereka dan peruntukan perbelanjaan mereka, sebelum bekerjasama dengan mereka berhubung pilihan perumahan yang sesuai," kongsi Dr Faishal.

Beliau menambah, pasukan itu turut memberi panduan kepada keluarga-keluarga sepanjang proses mereka membeli rumah sehingga akhirnya mendapat kunci.

Malah tugas mereka tidak terhenti setakat di situ saja.

"Meskipun keluarga-keluarga sudah berpindah ke flat baru, HST akan terus memantau dan bertanya khabar untuk memastikan mereka dalam keadaan baik. Pasukan mereka sekecil tujuh orang tetapi saya percaya mereka membuat banyak perbezaan (dalam kehidupan keluarga-keluarga ini)," tambah Dr Faishal.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan