Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

73,000 warga Singapura berusia 12 hingga 39 tahun sudah buat janji temu vaksinasi COVID-19: MOH

Sehari selepas pihak berkuasa mengumumkan program vaksinasi dibuka kepada warga Singapura berusia 12 hingga 39 tahun, MOH memberitahu Mediacorp pada Jumaat (11 Jun) bahawa 73,000 orang, atau hampir 75 peratus daripada 100,000 orang telah membuat janji temu untuk mendapatkan vaksinasi mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
73,000 warga Singapura berusia 12 hingga 39 tahun sudah buat janji temu vaksinasi COVID-19: MOH

(Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 11 Jun 2021 10:40PM Dikemas Kini : 11 Jun 2021 11:17PM

SINGAPURA: Sehari selepas pihak berkuasa mengumumkanprogram vaksinasi dibuka kepada warga Singapura berusia 12 hingga 39 tahun, Kementerian Kesihatan (MOH) memberitahu Mediacorp pada Jumaat (11 Jun) bahawa 73,000 orang, atau hampir 75 peratus daripada 100,000 orang yang menerima pelawaan melalui pesanan telefon telah membuat janji temu untuk mendapatkan vaksinasi mereka.

Encik Hairol Salim, 36 tahun adalah antara mereka yang sudah mendaftar untuk mendapatkan dos pertama vaksin Moderna pada Ahad ini di Kelab Masyarakat Buona Vista.

Menurut Encik Hairol beberapa rakannya kecewa kerana tidak menerima pelawaan SMS untuk mendapatkan suntikan vaksin.

Pengurus pemasaran itu menambah: "Saya harap kita dapat membuat perjalanan ke luar negara dan keadaan kembali normal tidak lama lagi. Salah satu cara untuk mencapainya ialah dnegan mendapatkan suntikan vaksin."

Pasukan bertindak Pemerintah bagi COVID-19 mengumumkan pada Khamis bahawa warga Singapura berusia 12 hingga 39 tahun dapat membuat pendaftaran janji temu untuk menerima vaksin COVID-19 mulai hari Jumaat. Warga Singapura dalam kumpulan usia ini diberi keutamaan selama dua minggu untuk membuat janji temu itu.

Menyusuli pengumuman tersebut, Encik Hansen Sun, menerima SMS dan penjawat awam berusia 29 tahun itu segera mendaftar dan berjaya mendapat janji temu untuk menjalani vaksinasi pada petang Jumaat di Kelab Masyarakat Hong Kah North.

Menurut Encik Sun: "Oleh kerana saya bukan tergolong dalam kumpulan keutamaan, saya terkejut kerana mendapat slot janji temu dengan begitu cepat dan saya terus membuat tempahan."

Encik Shaun Ho, yang juga menerima SMS vaksinasi, berkata beliau segera membuat pendaftaran bagi salah satu slot di Pusat Masyarakat Clementi pada 22 Jun.

Pengurus operasi berusia 35 tahun itu memberitahu Mediacorp beliau
mahu melindungi orang di sekelilingnya terutama sekali kerana mempunyai dua anak kecil.

MOH memberitahu Mediacorp lebih banyak SMS mempelawa penduduk untuk mendaftar bagi vaksinasi akan dihantar secara berperingkat. 

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan