Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

72% orang yang mengalami demensia berasa terpinggir, tidak diendahkan serta keseorangan

Tinjauan negara yang pertama dijalankan di Singapura mengenai demensia mendedahkan - mereka yang mengalami demensia berasa terpinggir, keseorangan, berasa malu dan kurang berkebolehan.

Anggaran Waktu Membaca:
72% orang yang mengalami demensia berasa terpinggir, tidak diendahkan serta keseorangan

Gambar fail. (Gambar: Xabryna Kek)

Diterbitkan : 29 Apr 2019 03:11PM Dikemas Kini : 29 Apr 2019 03:13PM

SINGAPURA: Tinjauan negara yang pertama dijalankan di Singapura mengenai demensia mendedahkan - mereka yang mengalami demensia berasa terpinggir, keseorangan, berasa malu dan kurang berkebolehan.

Tinjauan yang dijalankan oleh Universiti Pengurusan Singapura dan Persatuan Penyakit Alzheimer Singapura itu meninjau pandangan lebih 5,600 individu termasuk mereka yang mengalami demensia, para penjaga mereka dan orang awam.

Tinjauan itu mendedahkan 72 peratus orang yang mengalami demensia berasa terpinggir, tidak diendahkan serta keseorangan.

Sementara itu separuh daripada jumlah itu mendedahkan, mereka tidak dapat mendedahkan keadaan yang dialami dengan orang lain.

Lebih 56 peratus berasa orang lain melayan mereka sebagai orang yang kurang berkebolehan.

Tinjauan itu juga menekankan tentang keperluan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai demensia melalui pendidikan dan kempen kesedaran.

Lebih 57 peratus dari responden yang ditinjau menganggap diri mereka sebagai kurang berpengetahuan mengenai demensia.

Walaupun begitu, hampir 8 daripada 10 responden yang menganggap diri mereka kurang berpengetahuan mengenai demensia, mahu membantu mereka yang mengalami masalah tersebut.  

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan