Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

700 kes jubin meletup diaporkan pada bulan Jan, menurut HDB

Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) hari ini (16 Jan) mendedahkan terdapat 700 kes jubin yang dilaporkan "meletup-letup" pada separuh pertama bulan ini.

Anggaran Waktu Membaca:
700 kes jubin meletup diaporkan pada bulan Jan, menurut HDB

Jubin yang tanggal di sebuah flat di Admiralty. (Gambar: Frederick Goh)

Diterbitkan : 16 Jan 2018 09:32PM Dikemas Kini : 16 Jan 2018 09:34PM

SINGAPURA: Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) hari ini (16 Jan) mendedahkan terdapat 700 kes jubin yang dilaporkan "meletup-letup" pada separuh pertama bulan ini.

Daripada jumlah itu, hampir separuh melibatkan jubin yang dipasang oleh pemilik flat sendiri, manakala yang lain adalah jubin yang dipasang HDB.

Dalam kenyataannya, HDB menyatakan kenaikan jumlah insiden "konsisten dengan insiden pada tahun-tahun sebelum ini" pada bulan-bulan di mana cuaca lebih sejuk.

"Jubin-jubin yang retak berlaku disebabkan kerosakan semula jadi. Semasa suhu melampau jubin mengecut atau mengembang, yang menyebabkan kehilangan lekapan antara jubin dengan lantai selepas jangka tertentu," tambah HDB.

HDB juga menyatakan perubahan besar pada suhu boleh "menyebabkan lebih banyak tekanan" di bawah jubin, sekaligus melenyapkan lekapannya.

"Bagi unit-unit dengan jubin yang dipasang oleh HDB, kami akan terus menawarkan kerja-kerja pembaikan bagi jubin yang berusia sehingga 15 tahun," menurut HDB.

"Ini menjangkaui piawai industri bagi Tempoh Tanggungjawab bagi Kerosakan iaitu dalam tempoh setahun. HDB juga akan membantu semua penduduk yang terjejas untuk memeriksa flat mereka, memasang lapisan perlindungan pada jubin yang terjejas dan menyediakan senarai kontraktor yang boleh mereka hubungi untuk membaiki jubin tersebut."

Kenyataan HDB itu dibuat menyusuli beberapa insiden jubin meletup-letup yang dilaporkan oleh para penduduk HDB sejak beberapa hari lalu.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan