Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

70% penduduk S'pura tidak tahu jenis plastik yang boleh dikitar semula

Sekitar 70 peratus penduduk di Singapura tidak memahami sepenuhnya jenis-jenis plastik yang boleh dikitar semula. Akibatnya, sebahagian besar produk plastik dibuang sebagai sampah biasa, menurut laporan yang dikeluarkan Majlis Sekitaran Singapura hari ini (30 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Aug 2018 02:41PM Dikemas Kini : 30 Aug 2018 10:14PM

SINGAPURA: Sekitar 70 peratus penduduk di Singapura tidak memahami sepenuhnya jenis-jenis plastik yang boleh dikitar semula. Akibatnya, sebahagian besar produk plastik dibuang sebagai sampah biasa, menurut laporan yang dikeluarkan Majlis Sekitaran Singapura hari ini (30 Ogos).

Laporan tersebut merangkumi hasil tinjauan tentang penggunaan plastik dan sikap terhadap amalan kitar semula penduduk Singapura. Ia dijalankan sepanjang tempoh lapan bulan.

Ia dijalankan secara bersama dengan Khidmat Risiko Deloitte & Touche.

Menurut laporan, 45 peratus responden mengatakan bahawa mereka memerlukan lebih banyak maklumat tentang jenis-jenis plastik yang berlainan, serta apa yang boleh dan tidak boleh dikitar semula.

Menyentuh tentang sebab mereka tidak mengitar semula, 42 peratus responden mengaitkannya kepada kepayahan mengitar semula.

Pengarah Eksekutif SEC Jen Teo menarik perhatian bahawa salah satu cara bagi membantu orang ramai supaya mengamalkan tabiat kitar semula dengan lebih baik lagi adalah dengan memastikan syarikat-syarikat mencetak maklumat kitar semula pada bungkusan produk masing-masing.

Ini, katanya, akan "memudahkan proses mengasingkan bahan-bahan kitar semula", dan membuat pengumpulan barang-barang plastik lebih berkesan.

"Inisiatif ini perlu dilakukan bersama satu kempen yang akan mendidik masyarakat tentang bagaimana untuk mengitar semula bahan-bahan plastik," katanya.

SEC: "EKONOMI PUSINGAN BARU" DIPERLUKAN UNTUK PLASTIK

Laporan itu turut mencadangkan supaya "ekonomi pusingan baru" dilakarkan bagi bahan-bahan plastik yang mampu memperbaiki kadar kitar semula plastik, menurut SEC.

Pengerusi SEC Isabella Loh menjelaskan bahawa buat masa ini, ekosistem Singapura "kebanyakannya bersifat linear". Ini bermakna plastik digunakan para pelanggan selepas dikeluarkan pengilang dan selanjutnya dibuang.

Beberapa saranan untuk mempertingkatkan ekosistem plastik Singapura juga dibentangkan dalam laporan itu.

Salah satunya adalah mewujudkan pasaran plastik yang dikitar semula melalui inovasi.

SEC menyarankan supaya pemerintah dan pertubuhan-pertubuhan awam memainkan peranan untuk menyokong pasaran sedia ada di Singapura yang menggunakan jenis-jenis plastik tertentu untuk mengilang pelet-pelet plastik yang dikitar semula.

Ia menjelaskan bahawa plastik yang dikitar semula boleh digunakan untuk menyokong segmen-segmen pengilangan utama di Singapura, khususnya industri-industri pengilangan bioperubatan, elektronik dan pengilangan am.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan