Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

70 masjid S'pura kumpul dana esok bagi bantu mangsa banjir Kerala

Kesemua 70 masjid di Singapura, dengan kerjasama Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF), akan melancarkan kempen mengumpul dana khas esok (7 Sep) bagi membantu para mangsa banjir Kerala di India.

Anggaran Waktu Membaca:
70 masjid S'pura kumpul dana esok bagi bantu mangsa banjir Kerala

Para penyelamat dan relawan memindahkan mangsa banjir Kerala (Gambar: AFP)

SINGAPURA: Kesemua 70 masjid di Singapura, dengan kerjasama Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF), akan melancarkan kempen mengumpul dana khas esok (7 Sep) bagi membantu para mangsa banjir Kerala di India.

Tabung-tabung derma akan ditandakan "In Aid of Survivors of Floods in Kerala".

Yayasan Rahmatan Lil Alamin juga sudah memulakan kempen pengumpulan dana secara online di laman Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) iaitu https://www.zakat.sg/ePayment/donations.aspx, dari 28 Ogos hingga esok (7 Sep).

Banjir yang melanda wilayah Kerala di India merupakan banjir paling dahsyat dalam tempoh hampir 100 tahun. Seramai 445 orang terkorban manakala lebih 1.2 juta penduduk kehilangan tempat tinggal akibat banjir besar itu.

Jalan-jalan raya sepanjang lebih 10,000 kilometer dan 50,000 rumah turut musnah akibat banjir tersebut.

Orang ramai boleh menghulurkan bantuan dalam bentuk wang tunai atau cek.

Cek-cek boleh diserahkan kepada RLAF dengan "In Aid of Survivors of Floods in Kerala" ditulis di bahagian belakang cek.

Wang tunai dan cek boleh dikirimkan ke alamat-alamat berikut:

a) Pejabat RLAF
Masjid Yusof Ishak, Tingkat 4
10 Woodlands Drive 17
Singapura 737740

b) RLAF
Hab Islam Singapura
273 Braddell Road
Singapura 579702 

Sumber : BERITA Mediacorp/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan