Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

70 masjid S'pura kumpul dana bagi bantu mangsa gempa-tsunami Sulawesi

Kesemua 70 masjid di Singapura akan menjalankan kempen kutipan dana bagi membantu mangsa gempa dan tsunami di Sulawesi, Indonesia.

Anggaran Waktu Membaca:
70 masjid S'pura kumpul dana bagi bantu mangsa gempa-tsunami Sulawesi

Bangunan Masjid Maarof di Jurong West (Gambar: MUIS)

SINGAPURA: Kesemua 70 masjid di Singapura akan menjalankan kempen kutipan dana bagi membantu mangsa gempa dan tsunami di Sulawesi, Indonesia.

Kempen derma selama seminggu itu akan dijalankan menerusi tabung-tabung derma khas yang diletakkan di masjid-masjid, dari Jumaat ini (5 Okt) hingga Khamis depan (11 Okt).

Semua tabung derma akan ditandakan dengan “In Aid of Survivors of Sulawesi Earthquake and Tsunami” (Bagi Membantu Mangsa Gempa dan Tsunami Sulawesi). Ini dilakukan dengan kerjasama Yayasan Rahmatan Lil Alamin.

Sehubungan dengan itu, RLAF juga akan mengumpul dana secara online atas tujuan serupa di laman Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) bermula esok (3 Okt) hingga Khamis depan (11 Okt).

Gempa sekuat 7.5 pada skala Richter yang menggegarkan pulau Sulawesi menyebabkan berlakunya tsunami setinggi enam meter pada Jumaat (28 Ogos), yang menyebabkan banyak kerosakan prasarana, kehilangan hartanah dan korban jiwa lebih 1,200 setakat ini.

Ribuan yang lain juga kehilangan tempat tinggal akibat gempa-tsunami tersebut.

Keadaan di luar hospital menyusuli gempa dan tsunami Sulawesi (Gambar: AFP)

Keadaan di luar hospital menyusuli gempa dan tsunami Sulawesi (Gambar: AFP)

BOLEH DERMA SECARA TUNAI, MENERUSI CEK

Orang ramai yang mahu menghulurkan sumbangan juga boleh berbuat demikian secara tunai atau dalam bentuk cek.

Cek berkenaan harus ditujukan kepada "RLAF" dengan perkataan-perkataan "In Aid of Survivors of Sulawesi Earthquake and Tsunami" di bahagian belakang cek.

Wang tunai dan cek boleh dikirimkan kepada alamat-alamat berikut:

a) RLAF Office
Masjid Yusof Ishak, Level 4
10 Woodlands Drive 17
Singapore 737740

b) Muis
Singapore Islamic Hub
273 Braddell Road
Singapore 579702

DENGAN KERJASAMA MERCY RELIEF

RLAF akan bekerjasama dengan Mercy Relief, di mana para wakilnya dijadual berangkat ke Sulawesi hari ini bagi menjalankan penilaian keperluan bagi masyarakat yang terjejas di Palu dan Sulawesi Tengah.

Ia juga akan memulakan kerja-kerja bantuan kemanusiaan bersama masyarakat-masyarakat berkenaan. Bantuan dihulurkan dalam bentuk barangan dan khidmat perubatan di kawasan-kawasan terjejas.

Dalam kenyataan media tersebut, RLAF juga menulis masyarakat Islam tempatan berdoa agar para mangsa diberi kekuatan dan daya tahan dalam masa-masa sukar ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan