Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

7 syarikat, 47 orang dalam sektor maritim langgar peraturan COVID-19 didenda, digantung lesen bot

Sebanyak tujuh syarikat dan 47 orang dalam sektor maritim didenda dan digantung lesen bot mereka kerana melanggar peraturan COVID-19. Demikian menurut Penguasa Maritim dan Pelabuhan (MPA) Singapura pada Rabu (11 Ogos). 

Anggaran Waktu Membaca:
7 syarikat, 47 orang dalam sektor maritim langgar peraturan COVID-19 didenda, digantung lesen bot

Gambar fail bot-bot libur di Singapura. (Gambar: iStock)

Diterbitkan : 11 Aug 2021 03:53PM Dikemas Kini : 11 Aug 2021 03:55PM

SINGAPURA: Sebanyak tujuh syarikat dan 47 orang dalam sektor maritim didenda dan digantung lesen bot mereka kerana melanggar peraturan COVID-19. Demikian menurut Penguasa Maritim dan Pelabuhan (MPA) Singapura pada Rabu (11 Ogos).

55 daripada mereka masing-masing didenda antara S$300 dengan S$3,000. Sementara itu, dua daripadanya digantung lesen kapal layar dan kapal pelabuhan mereka oleh MPA.

“Siasatan mendedahkan dalam sesetengah kes, jumlah orang yang menaiki sesebuah kapal layar melebihi had saiz kumpulan yang dibenarkan bagi perhimpunan sosial pada waktu kesalahan itu dilakukan," menurut MPA dalam satu kenyataan media.

Seorang individu, dikenali sebagai "kakitangan bertugas di darat", juga didapati melanggar peraturan pengurusan selamat dengan menggunakan peralatan kapal dan tidak memakai peralatan perlindungan peribadi yang betul.

“Terdapat juga kes di mana ejen-ejen gagal menyerahkan makluman wajib kepada MPA mengenai kakitangan berpangkalan di darat yang menaiki kapal," menurut pihak berkuasa itu.

Dalam satu lagi kes, seorang pemegang permit jangka panjang yang tinggal di atas sebuah bot pelabuhan naik ke darat tanpa kebenaran MPA.

MPA mentakrifkan bot pelabuhan sebagai mana-mana jenis bot atau kapal yang hanya berlayar di perairan Singapura.

Siasatan melibatkan beberapa insiden lain yang gagal mematuhi peraturan pengurusan selamat juga sedang dijalankan.

“MPA mengingatkan individu dan syarikat agar mematuhi dengan tegas peraturan pengurusan selamat melibatkan kapal layar, kapal pelabuhan dan kapal di laut," menurutnya dalam kenyataan sama.

Sesiapa yang melanggar peraturan COVID-19 boleh didenda sehingga S$10,000, dipenjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali. Bot atau kapal berkenaan juga boleh digantung lesennya oleh MPA sehingga 30 hari.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan