Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

7 stesen MRT Laluan Timur-Barat tutup lebih awal pada Oktober

Tujuh stesen MRT sepanjang Laluan Timur-Barat (EWL) dari Tiong Bahru ke Clementi akan tutup lebih awal pada 11.00 malam setiap Jumaat dan Sabtu pada Oktober, menurut SMRT pada Rabu (26 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
7 stesen MRT Laluan Timur-Barat tutup lebih awal pada Oktober

Gambar fail.

Diterbitkan : 26 Sep 2018 04:02PM Dikemas Kini : 26 Sep 2018 04:06PM

SINGAPURA: Tujuh stesen MRT sepanjang Laluan Timur-Barat (EWL) dari Tiong Bahru ke Clementi akan tutup lebih awal pada 11.00 malam setiap Jumaat dan Sabtu pada Oktober, menurut SMRT pada Rabu (26 Sep).

Tujuh stesen terjejas adalah: Tiong Bahru, Redhill, Queenstown, Commonwealth, Buona Vista, Dover dan Clementi.

Stesen-stesen tersebut ditutup lebih awal kerana kerja-kerja untuk memperbaharui sistem bekalan tenaga EWL akan dimulakan. Projek itu akan bermula dengan memasang kabel kawalan tenaga dan gentian optik sepanjang landasan dari sektor ke sektor, menurut kenyataan media SMRT.

Projek pembaharuan sistem bekalan kuasa bagi Laluan Utara-Selatan Timur-Barat dijangka selesai pada awal 2020an.

"Memperbaharui sistem bekalan kuasa melibatkan penggantian kabel kuasa hampir 1,300 kilometer, kabel gentian optik sepanjang 250 kilometer dan lebih 170 stesen penjana kuasa kecil. Sistem pemantauan masa nyata akan diperkenalkan untuk memantau keadaan peralatan tenaga dan mengenal pasti kemungkinan kerosakan, untuk memperbaiki keandalan khidmat kereta api," menurut SMRT.

Penutupan awal juga akan membolehkan para jurutera menjalankan kerja-kerja penyenggaraan dan memasang penghadang bunyi bising sepanjang landasan, menurut SMRT lagi.

Bas ulang alik akan disediakan bagi memudahkan perjalanan penumpang antara stesen MRT Jurong East dan Outram Park. Khidmat bas tersebut akan berhenti di perhentian yang dikhususkan dekat stesen-stesen MRT tersebut untuk mengambil penumpang yang terjejas dengan penutupan awal.

Sumber : CNA/TQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan